• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

CSR UNIMAS bantu pelajar SK Buntal

on 22 January 2016.

CSRbuntal2

csr4CSR Buntal1

csr5csr3

KOTA SAMARAHAN, 22 Januari 2016 : Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berlangsungnya program CSR bersama para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Buntal “Komuniti Ke Arah Kesejahteraan” yang diadakan selama satu hari kelmarin.Antara aktiviti yang diadakan seperti latihan Choral Speaking oleh Pusat Pengajian Bahasa, bengkel Mind Map STEM ( Sains, Technology, Engineering dan Mathematic), ceramah motivasi pelajar dan seminar keibubapaan.
Bengkel-bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dari UNIMAS STEM Education Lab, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Fakulti  Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).  Bengkel ini akan diketuai oleh Dr Noraziah bt Abdul Wahab dari Fakulti Kejuruteraan dan melibatkan pelajar darjah enam.
Bengkel ini antara lain memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik   pembelajaran menggunakan kaedah peta minda khususnya subjek Sains.
Kesinambungan kepada usaha membantu sekolah-sekolah mempertingkatkan pencapaian akademik terutama subjek STEM,  UNIMAS berhasrat untuk mengambil SK Buntal sebagai sekolah angkat di bawah kendalian UNIMAS STEM Education Lab.
Turut diadakan ialah ceramah keibubapaan bertajuk “Ibu Bapa Mithali: Peranan dan Cabaran” oleh Profesor Dr Mohd Sharif bin Mustafa, dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.  
Seminar ini dianjurkan bersama dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang peranan yang boleh dimainkan untuk meningkatkan prestasi akademik anak mereka serta memahami cabaran terkini yang sering dihadapi oleh ibubapa.
UNIMAS juga telah melibatkan pelajar-pelajar Pelajaran Seni Visual di dalam aktiviti melukis mural untuk mengira Body Mass Index (BMI) yang dikendalikan oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif dibawah tanggungjawab Dr Yaakup Rafiee. 
Sementara itu, UNIMAS juga telah meletakkan satu papan tanda di Esplanade Buntal yang memaparkan perjuangan seorang perwira negara, Allahyarham 19151 TPR Rasli bin Buang (S.P.), yang berasal dari Kampung Buntal.  
Papan tanda yang direkabentuk khas oleh pensyarah, Dr Yaakup b Rafiee dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif dan  memaparkan perjuangan seorang perwira negara,  Allahyarham 19151 TPR Rasli b Buang (S.P.), yang berasal dari Kampung Buntal.  
Allahyarham telah terbunuh di dalam satu pertempuran dengan penganas komunis pada 6 Julai 1971 dan rakyat Malaysia yang kedua serta anak Sarawak yang pertama dikurniai Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) pada 7 Julai 1972.  
Satu sajak bertajuk “Seorang Perwira Dari Desa Di Pinggir Kota” yang dinukil khas untuk Allahyarham oleh Phora Abdul Hakim (1 November 2015) sebagai memperingati pengorbanan beliau telah dipaparkan di papan tanda tersebut.  
Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada hasil projek transformasi komuniti UNIMAS “Pemerkasaan Pelancongan Desa& Komuniti Usahawan Kampung Buntal” yang diketuai oleh pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, En Abas Said, dibawah geran National Blue Ocean Strategi (NBOS) dana Rural Transformation Project (RTP).  
Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T
 
 

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3111924

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa