Logo UNIMAS
Tema keseluruhan mencerminkan iltizam UNIMAS terhadap ilmu dan kecemerlangan. Pokok suatu simbol pertumbuhan dan illmu juga mewakili sumber asli Malaysia serta kelompok etnik dan budayanya yang pelbagai. Tangan berjabat menandakan perpaduan dalam kepelbagaian keprihatinan terhadap alam sekitar dan masyarakat serta pemanfaatan dan pengoptimuman ilmu baru dan berguna dalam pembangunan. Kedua-dua tangan dan pokok membentuk huruf 'S' bagi Sarawak. Warna-warn yang terpilih: Biru dan merah melambangkan kesepaduan pendidikan dan teknologi, sementara kuning emas mencerminkan kualiti dan kecemerlangan dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan perkhidmatan.
Logo UNIMAS boleh dimuat turun di sini.
Logo UNIMAS.eps | Logo UNIMAS.png
Logo UNIMAS melintang.eps| Logo UNIMAS melintang.png
Identiti Visual UNIMAS
Logo monogram UNIMAS yang diperkenalkan sejak awal penubuhannya pada tahun 1992, sering digunakan untuk tujuan komunikasi korporat universiti, seperti alat tulis, barangan rasmi, kenderaan rasmi, penunjuk arah dan sebagainya. Dalam usaha untuk bergerak ke hadapan bersesuaian dengan trend semasa, selaras dengan slogan "Kontemporari dan Berpandangan Jauh', UNIMAS memerlukan identiti visual yang mempunyai penataan yang kontemporari, tanpa mengubah bentuk asal logo monogram universiti. Identiti visual UNIMAS ini diperkenalkan, dengan memperkemaskan susun atur, penyediaan dan pembentangan logo rasmi. identiti visual baru juga menggantikan fon rasmi, Century Schoolbook, ke fon Base. Identiti visual dilihat sebagai strategi untuk menampilkan pandangan yang global, mempunyai elemen keantarabangsaan, dan berdaya saing.
Logo Identiti Visual UNIMAS boleh dimuat turun di sini.
Identiti Visual UNIMAS.png | Identiti Visual UNIMAS.ai | Identiti Visual UNIMAS.eps