• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Undergraduate

Pengenalan

Di UNIMAS, para pelajar  bertanggungjawab  terhadap pembelajaran mereka  sendiri  bawah bimbingan pengajar masing-masing. Selain kursus teras , para pelajar diberi peluang untuk memilih kursus-kursus pelengkap yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti yang berkenaan. Untuk pembangunan individu secara menyeluruh, pembelajaran para pelajar  akan dioptimumkan melalui proses penilaian yang  teliti terhadap unit-unit yang ditawarkan dalam kursus-kursus individu dan juga pembelajaran kendiri.

Program yang ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan dibentuk  selaras dengan  kemunculan pelbagai arus teknologi baru  dan juga permintaan yang meningkat terhadap tenaga kerja industri.  Fakulti  Sains Gunaan dan Seni  Kreatif memberi penekanan kepada program yang dapat membentuk kreativiti dan inovasi yang diperlukan oleh sektor perkhidmatan, dan hal ini akan dapat mengukuhkan pembangunan dan aktiviti masa senggang dalam negara.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia  memperkenalkan program pembangunan sumber manusia  yang menggabungjalinkan elemen-elemen sains kognitif  dan  perniagaan  minda (“mind business” ) dalam pendidikan. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan  pula mereka bentuk satu sistem yang menggabungjalinkan pengajaran-pembelajaran berasaskan masalah untuk menghasilkan pelatih perubatan yang kompeten dan sangat berpengetahuan  ketika mengendalikan isu-isu kesihatan.

UNIMAS mengiktiraf  bahawa pembelajaran patut disediakan  dalam sistem yang mampu  mengasimilasi, mengguna dan memindah kaedah-kaedah , pengetahuan dan kepakaran baru  secara berterusan.

Selain itu, UNIMAS juga menawarkan pelbagai  kursus kemahiran insaniah untuk meningkatkan kebolehpasaran  graduan dalam pasaran kerja. Melalui Pusat Pemajuan Pelajar, pelajar boleh memilih pelbagai kursus yang boleh membantu mereka membaiki peluang kebolehpasaran mereka  seperti  dalam hal berkaitan pengurusan masa, kemahiran komunikasi, pengurusan kendiri, pengucapan awam dan sebagainya.

Prasiswazah

student5

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3141121

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa