• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Graduan kejuruteraan UNIMAS laris

on 27 September 2012.

minggu-kejuruteraan
TARIK MINAT: Pengarah Program Minggu Kejuteraan UNIMAS 2012
Mohamad Ridzuan Mohamed Noordin (kanan) menemani Wan Hashim
(kiri duduk mencangkung) ketika melihat hasil pelajar kejuruteraan
membina replika kapal terbang kecil di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS,
Kota Samarahan, semalam.



Graduan kejuruteraan UNIMAS laris

KOTA SAMARAHAN: Graduan Fakulti Kejuruteraan Universiti Sarawak Malaysia (UNIMAS) sentiasa mendapat permintaan dalam pasaran tenaga kerja di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sejurus tamat pengajian.

Demikian dedah Dekan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu Kejuruteraan bertemakan ‘Comprehensive and Balanced Engineers’ di sini semalam.
Katanya banyak syarikat yang terletak di kawasan SCORE datang ke fakulti berkenaan untuk mendapatkan pelejar-pelajar yang sesuai bekerja dengan syarikat mereka.

“Sebagai contoh syarikat Tokoyama memang telah mendapatkan beberapa pelajar kami untuk dilatih selama setahun di Jepun dan mereka akan berada (bekerja) di kilang Tokoyama di SCORE selepas itu.
“Walaupun peratusan buat masa ini belum lagi kami dapat berikan tetapi mereka sentiasa mempunyai permintaan untuk jurutera-jurutera kami untuk ke kawasan SCORE,” katanya.

Pencarian graduan kejuruteraan awam, elektronik, mekanikal dan kimia telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu.
“Perkara ini masih baharu tetapi pelajar keluaran UNIMAS mempunyai  kelebihan dalam modul kokurikulum yang lebih komprehensif.
“Mula dibuka pada 25 hingga 30 September, Minggu Kejuruteraan akan menyaksikan ceramah kejuruteraan, persembahan pentas, pameran RC, bazar, ceramah motivasi, pertandingan futsal, forum dan berselawat untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah agar mereka faham akan bidang yang ditawarkan dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Tegas beliau masih ramai yang tidak menyedari kepentingan kejuteraan dalam pembangunan negara.
Justeru beliau menyeru agar bidang terbabit diberi penekanan khusus dalam bentuk filem sebagaimana yang dilakukan kepada bidang guaman dan perubatan.

“Ia bagi menarik lebih ramai golongan belia untuk memilih bidang kejuruteraan pilihan kursus ketika memasuki IPT,” ujarnya.
Terdapat lebih daripada 1,000 pelajar jurusan kejuru-teraan di UNIMAS setakat ini.

Source: TheBorneoPost Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169455

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa