• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Larian amal Unimas kutip sumbangan RM7,400

on 25 Oktober 2012.

Larian amal Unimas kutip sumbangan RM7,400

Peserta larian amal memulakan larian di kampus Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini

KOTA SAMARAHAN 23 Okt. - Program larian amal di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini baru-baru ini berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM7,400 untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal (Perkata).

Program tersebut dianjurkan Persatuan Pegawai Akademik Unimas (PPAU) dengan kerjasama Persatuan Sains Sumber dan Teknologi (Persaintek) disertai seramai 605 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti.

Menurut Presiden PPAU, Prof. Madya Dr. Ting Su Hie, sambutan yang diterima daripada warga Unimas adalah di luar jangkaan pihaknya.

"Kebanyakan sumbangan yang berjaya dikumpul datang daripada yuran penyertaan RM10 seorang bagi kakitangan serta RM5 bagi pelajar.

"Lebih membanggakan, warga Unimas yang tidak menyertai larian turut menghulurkan sumbangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Su Hie berkata, di samping membantu mendapatkan dana untuk Perkata, program tersebut merupakan projek komuniti untuk menjadikan ahli PPAU yang terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik lebih relevan serta dekat dengan pelajar dan masyarakat.

"Melihat sambutan menggalakkan yang kita terima, kami bercadang untuk menganjurkan program serupa melibatkan skala penyertaan lebih besar pada masa akan datang," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Perkata boleh berbuat demikian dengan menghubungi Su Hi di talian 019-8591808 atau menerusi emel kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .

Sumber: Utusan Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa