• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS berusaha komersial beg tidur mudah pakai ciptaannya

on 08 November 2012.

default-news
UNIMAS berusaha komersial beg tidur mudah pakai ciptaannya

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berusaha mengkomersialkan produk cipta-annya iaitu beg tidur mudah pakai (Wearable Sleeping Bag) yang dijangka berada di pasaran pada tahun dapan.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid yang mendedahkan perkara itu berkata, permintaan terhadap hasil ciptaan reka bentuk dan inovasi itu sememangnya sudah ada.

“Beg tidur ini memang sudah ada permintaan di pasaran dan mungkin tahun depan ia dapat dipasarkan, cuma sekarang kami belum ada rakan industri atau kilangnya.

“Kami juga mendapati produk ini mendapat sambutan menggalakkan malah semasa di British Invention Show (BIS) 2012 di London pada Oktober lepas, sudah ada yang mula menunjukkan minat,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Reka Bentuk dan Inovasi di sini, semalam.

Namun kata Khairuddin, pihak universiti perlu mencari saluran yang baik serta mendapat manfaat yang sewajarnya sebelum ia dikomersialkan.

Kata beliau beg tidur itu mendapat permintaan tinggi kerana rekaan dan memenuhi keperluan termasuk dari luar negara kerana ia juga sesuai untuk dibawa khasnya mereka yang dilanda bencana alam.

UNIMAS yang menghantar 11 produk termasuk beg tidur berkenaan di BIS 2012 yang diadakan pada 24 dan 27 Oktober ternyata mencatat satu lagi kejayaan apabila ke-semuanya mendapat pingat emas dan tiga daripadanya turut menerima dua pingat emas.

“Selepas ini langkah kami adalah untuk mengkomer- sialkan produk yang berpotensi dan mencari rakan industri yang berminat.

“Kami mungkin akan menjual hak milik produk 100 peratus kepada mereka yang berminat atau universiti akan membuat pembungkusan sendiri dengan kerjasama pihak rakan industri bagi membangunkan produk,” tegasnya.

Khairuddin berkata, UNIMAS merancang memasarkan produk berkenaan bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara.

Bagaimanapun katanya, bagi melindungi hasil ciptaan produk, pihaknya akan membuat permohonan untuk paten kepada produk.

Manakala bagi produk yang perlu dikaji, UNIMAS akan terus membuat kajian untuk mencari pendekatan terbaik bagi sesuatu ciptaan sementara yang mampu dikomersialkan, pihaknya akan bekerjsama dengan industri.

Selain beg tidur, antara produk yang mendapat pingat emas di BIS 2012 adalah Aksesori Kereta Bio Buluh, i-Bamboo Veneer, Eco-Modarnt:Utilizing Sago Effluent for Natural Dye Process, Fire Resistant Sound Absorbing Sago Panel, Silcat:Biocatalyst for Biodiesel, Mobile Augmented Reality Solar System, Mobile ARUT Android Browser Version 1.0, TourScape:An Integrated Systematic Approach to Manage Tourism Destinastion’s, Just Add Water-Chemical Assay Kit dan ENAICMS-Counselling Management System.

Turut hadir Presiden Majlis Reka Bentuk Malaysia Profesor Datuk Dr Ahmad Zainuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Profesor Dr Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman.


Source : Borneo Post Online


Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173282

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa