• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Konsert Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS

on 17 Disember 2012.

Konsert Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS


KENANGAN: Tun Salahuddin (empat kanan) bersama Toh Puan Norkiah (tiga kanan), Taib (empat kiri), Ragad (tiga kiri) serta Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid (kiri) serta isteri dan Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi(kanan) serta isteri merakam kenangan di majlis Konsert Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS. — Gambar Chimon Upon

UNIMAS dengan kerjasama RTM adakan konsert yang turut dihadiri Tun Salahuddin dan Taib

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat julung kalinya mengadakan Konsert Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS di sini, malam kelmarin.

Berlangsung di Arena Gemilang Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS,konsert dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Konsert berkenaan yang merupakan penutup kepada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UNIMAS dan bagi meraikan penubuhan Jubli Emas Orkestra RTM pada tahun ini juga dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Persembahan gabungan Orkestra RTM dan UNIMAS dibuat dalam usaha mendekatkan RTM dengan masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja Merentas Kampus.

Antara objektif program adalah untuk mengangkat irama dan muzik orkestra ke peringkat kampus serta memupuk rasa cinta kepada seni negara melalui muzik yang bermutu.

Konsert dimulakan dengan acara karpet merah yang diserikan lagi dengan persembahan ‘flashmob’ oleh 300 hingga 5,000 wakil pelajar bagi tujuan pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar oleh Tun Salahuddin.

Program yang bertemakan  ‘Sepetang di Bumi Kenyalang’ dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis popular tanah air termasuk Dayang Nurfaizah, Alyah, Azharina, Asmidar dan R.Ismail.

Seramai 20 mahasiswa Program Muzik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dipilih mewakili Koir UNIMAS bagi mengiringi lagu-lagu yang dipersembahkan.

Turut dilancarkan Program Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. (Kek Lapis Terbesar) dengan saiz lima meter kali 10 meter yang mengambil masa selama 10 hari untuk disiapkan.

Kek berkenaan adalah anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa UNIMAS dengan kerjasama pengusaha Kek Lapis Rabiah Amit.

Seramai 30 pelajar UNIMAS terlibat dalam penyediaan kek itu.

Ia adalah sasaran ketiga pelajar UNIMAS untuk mencipta rekod ketiga selepas kejayaan Bacaan Pantun Terpanjang Tanpa Henti (88@pantun) dan 16 Jam di Fairy Cave dalam Malaysia Book of Record.

Sumber: Borneo Post

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167572

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa