• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persidangan kedua Alfred Wallace pada 7-8 Nov depan

on 08 Julai 2013.

Persidangan kedua Alfred Wallace pada 7-8 Nov depan

KUCHING: Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Alfred Russel Wallace akan diadakan pada 7 dan 8 November tahun ini di sebuah hotel terkemuka di sini.

Persidangan anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak antara lain bertujuan menghimpunkan pakar-pakar sejarah, saintis alam semula jadi, ekologi, botani, pengurusan taman dan profesion lain untuk berkongsi pengalaman mengenai ekologi, evolusi dan pengurusan sumber di rantau ini.

Beberapa penceramah terkemuka akan membentangkan kertas kerja mereka, antaranya Earl of Cranbook, Profesor Yong Hoi Sen, Profesor Charles H. Smith dan Paul Spencer Sochaczewski.

Selain bersidang para delegasi juga berpeluang mengadakan lawatan ke Gunung Serambu, lokasi koleksi Wallace ditemui di negeri ini.

Lawatan anjuran Jabatan Muzium Sarawak itu akan bermula dari Tebingan Kuching melayari Sungai Sarawak menuju ke Pekan Siniawan, Bau seterusnya menaiki bas ke perkampungan Bidayuh, Peninjau Lama di kaki Gunung Serambu.

Mereka yang berminat untuk menyertai persidangan ilmiah itu boleh menghubungi pegawai Jabatan Muzium Sarawak menerusi e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. (Louise Macul) atau Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. (Dr Charles Leh).

Source: Borneo Post Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169461

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa