• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Lancar Kutipan Derma Kilat Kampung Dato, Sibu

on 15 Julai 2013.

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Lancar Kutipan Derma Kilat Kampung Dato, Sibu

Bersimpati ke atas bencana kebakaran yang telah menimpa 144 buah keluarga penduduk Kampung Dato pada 19 Jun 2013, Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah mengambil initiatif dengan mengadakan Kutipan Derma Kilat Kampung Dato, Sibu. Kutipan wang ringgit dan barang keperluan harian  telah diadakan  selama seminggu.

Pada Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2013 yang telah diadakan pada 26 Jun 2013, kutipan wang ringgit  telah dibuat dan sebanyak RM1,252.85 telah dikumpul. UNIMAS turut menyumbang sebanyak RM5,000.00 untuk mangsa yang terlibat dalam bencana berkenaan. Menurut Pengarah Program, Cik Mahani Huja Husin, ”Sepanjang tempoh seminggu Kutipan Derma Kilat diadakan, sebanyak RM5,712.95 telah dikumpul dari hasil sumbangan warga UNIMAS dan ini menjadikan jumlah kutipan sebanyak RM11,965.80’.

Pada 5 Julai 2013, bertempat di Pejabat Daerah Sibu, penyerahan cek sumbangan UNIMAS bernilai RM 5,000.00 telah diserahkan oleh Pengarah Program, Cik Mahani Huja  Husin kepada Puan Salehah binti Hid, wakil Pejabat Daerah Sibu. Semua hasil sumbangan dan peralatan keperluan harian kemudiannya telah  diserahkan oleh wakil ahli-ahli Persatuan Pengurus UNIMAS yang telah  diadakan di Masjid An-Nur Sibu. Dengan hasil sumbangan ini, Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) dan warga UNIMAS amnya berharap ianya dapat meringankan sedikit beban mangsa yang terlibat di dalam kebakaran tempoh hari.


Bersama salah seorang mangsa.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa