• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelantikan Naib Canselor Unimas sah mengikut perundangan

on 26 Julai 2013.

Pelantikan Naib Canselor Unimas sah mengikut perundangan


Perlantikan naib canselor yang menggantikannya itu tidak sepatutnya dipersoalkan

KUCHING: Pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang keenam, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi adalah sah dari segi undang-undang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Prof. Dr. Morshidi Sirat berkata, pelantikan naib canselor yang menggantikannya itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Pelantikan beliau ( Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi) dilakukan oleh menteri yang bertanggungjawab dan adalah menjadi tugas rutin menteri juga untuk melantik seseorang individu yang disifatkan memiliki kelayakkan menjawat sesuatu jawatan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Lembaga Pengarah Unimas (LPU) dan Majlis Penghargaan Mantan Naib Canselor Unimas di sini.

Jelas Morshidi, bagaimanapun menteri tidak boleh melantik seseorang itu jika bukan dalam skop tugasnya.

“Saya telah dilantik sebagai Naib Canselor Unimas yang kelima pada awal tahun ini dan tidak sampai 15 hari menjalankan tugas, saya telah menerima surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 April, yang memaklumkan bahawa saya dipindahkan di tempat baharu,” ujarnya.

Justeru, Mantan Naib Canselor Unimas tersebut menegaskan, isu pelantikkan naib canselor baharu yang menggantikannya tidak seharusnya timbul.

Selain itu, katanya, jabatannya sedang melakukan penstrukturan semula jabatan memandangkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran telah digabungkan semula menjadi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun ini.

“Penstrukturan semula jabatan ini melibatkan banyak polisi seperti kajian, fungsi jabatan dan seumpamanya,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, kata Morshidi, cabaran kepada insititusi pengajian tinggi (IPT) hari ini semakin mencabar.

“Pihak universiti harus bijak mencari pendekatan sesuai untuk bekerjasama dengan sekolah antaranya menrancang program-program yang bersesuaian bagi membangunkan anak-anak kita daripada peringkat sekolah lagi sebelum memasuki peringkat lebih tinggi (universiti),” tegasnya.

Maka, beliau mengalakkan agar Unimas mengambil langkah proaktif dalam membantu dan bekerjsama dengan sekolah-sekolah di negeri ini terutamanya beberapa sekolah di kawasan pendalaman yang masih lagi kekurangan kemudahan pendidikan dan sebagainya.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datu Dr. Hatta Solhi dan Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi.

Source: Free Malaysia Today

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167756

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa