• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS lancar festival prakonvokesyen 2013

on 22 Oktober 2013.

UNIMAS lancar festival prakonvokesyen 2013

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam melancarkan Pra Festival Konvokesyen UNIMAS Ke-17 (Pre-ConFest) 2013 yang menyajikan pelbagai aktiviti menarik.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Mohamad Kadim Suaidi berkata, Pre-ConFest itu diadakan sehingga 22 Oktober sebagai persediaan dan permulaan kepada aktiviti ConFest dari 4 hingga 10 November depan.

Menurutnya, sebanyak tujuh aktiviti utama akan diadakan sepanjang Pre-ConFest itu, antaranya Bazar Jualan dan Karnival ‘Juh Berambeh,’ Forum Aidiladha, jogaton, konvoi berbasikal kembara promosi, ‘flash mob,’ pelancaran ‘Team ConFest’ dan ‘My Beautiful Campus.’

“Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang Pre-ConFest dan ConFest khas untuk seluruh warga UNIMAS dan masyarakat di sekitar sini.
“Selain meraikan graduan yang akan menamatkan pengajian, ConFest ini diadakan bagi memberi satu kenangan manis yang terakhir kepada semua pelajar yang bakal meninggalkan alam pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UNIMAS Shaharuddin Jakpar pada majlis pelancaran festival di pekarangan Bangunan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Kadim berkata, penganjuran ConFest melibatkan graduan itu dapat mendedahkan kemahiran sosial dan membentuk jati diri tinggi di kalangan pelajar.

“Pengurusan UNIMAS sentiasa menyokong aktiviti yang dirangka oleh pelajar tanpa menyekat keupayaan pelajar dalam melaksanakan sesebuah program.

“Kami amat menggalakkan pelajar untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti seperti ini bagi memberi impak positif,” tambahnya.
Selain itu, beliau menasihat agar graduan yang telah menamatkan pengajian mereka bijak menempatkan diri dalam alam pekerjaan kelak yang pastinya memerlukan pengalaman dan kemahiran sosial berkenaan.

“Dengan adanya program ConFest ini saya mengharapkan pelajar lebih terdedah dengan keadaan persekitaran sosial mereka di samping membentuk personaliti diri yang tinggi,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Festival Konvokesyen Ke-17 Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab dan ahli jawatankuasa ConFest.

Source: The Borneo Post

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa