• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS rasmi Pusat Islam Tun Abang Salahuddin

on 11 Februari 2014.

UNIMAS rasmi Pusat Islam Tun Abang Salahuddin

PITAS

Kota Samarahan - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini mempunyai mercu tanda baru di kampus dengan perasmian Pusat Islam Tun Abang Salahuddin yang berkonsepkan senibina Islam kontemporari.

Pusat Islam Tun Abang Salahuddin yang dibina di kawasan seluas tujuh ekar ini menempatkan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh warga kampus dan juga masyarakat sekitarnya. Pusat Islam ini dinamakan bersempena Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang juga Canselor UNIMAS, mempamerkan rekabentuk yang tersendiri dan moden, mengolah inspirasi senibina Masjid Al-Hambra, Granada, Sepanyol, dan beberapa masjid ikonik seluruh dunia. Senibina kontemporari ini berunsurkan kombinasi elemen laman dan bangunan yang menghargai keindahan alam sekitar serta ia mengetengahkan integrasi unsur tanah, air, angin dan cahaya langit yang menjadi inspirasi pancaran cahaya keilmuan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang solat yang boleh memuatkan seramai 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, Dewan Seminar dan Syarahan dengan kapasiti 300 orang setiap bilik, bilik pensyarah, bilik mesyuarat dan juga sebuah Taska yang disediakan untuk anak-anak staf universiti ini. Selain digunakan untuk tujuan solat, pusat ini juga akan dapat digunakan untuk menganjurkan persidangan, pameran serta seminar, sama ada dianjurkan oleh pihak UNIMAS ataupun pihak luar.

Pusat Islam ini bakal merencanakan program-program pengimarahan serta pembangunan modal insan yang diharap akan memberi sinar baharu dalam wacana kerohanian di kalangan staf dan pelajar, serta mengukuhkan perpaduan ummah bukan sahaja untuk warga kampus, malah untuk masyarakat sekitarnya.

Majlis Perasmian Pusat Islam UNIMAS ini telah diadakan pada 11 Februari 2014 bersamaan 11 Rabiulakhir 1435 dan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang juga Canselor UNIMAS dengan dihadiri oleh Menteri Muda Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, warga kampus serta masyarakat sekitar bandaraya Kuching dan Kota Samarahan.

Oleh: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172735

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa