• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS Anjur Bengkel Pertama RESPONSIBLE Inovasi Bisnes untuk Asia Pasifik

on 17 Februari 2014.

UNIMAS Anjur Bengkel Pertama RESPONSIBLE Inovasi Bisnes untuk Asia Pasifik

inovasi-bisnes-unimas

Kota Samarahan:  Bengkel 'First Asia Pacific Responsible Business Innovation 2014' akan dianjurkan oleh kumpulan penyelidik ‘Responsibility’ dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Februari di Hotel Merdeka Palace and Suites, Kuching, Sarawak. Terma ‘Responsibility’  merujuk kepada “Global Model and Observatory for International Responsible Research and Innovation Coordination”.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan dialog-dialog yang membina di antara pihak-pihak berkepentingan dalam ‘Responsible Research and Innovation (RRI)’ dengan ahli-ahli ‘Responsibility’. Projek Responsibility bertujuan untuk mendapat pandangan pihak-pihak berkepentingan mengenai ‘RRI’ dan juga pandangan mereka terhadap "Responsible Business as an Enabler of an Innovation". Hasil daripada perbincangan bengkel ini akan digunakan sebagai alat pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu yang berkenaan RRI dan juga untuk menjana Forum ‘Responsibility’ dan ‘Observatory’.

Ketua Projek ‘Responsibility’ ini adalah Dr.-Ing. Zaharya Menevidis dari Fraunhofer Institute di Berlin, Jerman. Projek ini mendapat dana dari rangka program ketujuh Kesatuan Eropah (FP7/2007-2013). Konsortium ‘Responsibility’ terdiri daripada 13 ahli, di mana 10 ahli adalah dari institusi negara Kesatuan Eropah, manakala tiga institusi adalah dari negara bukan Kesatuan Eropah. UNIMAS merupakan salah satu daripada tiga institusi dari negara bukan Kesatuan Eropah, dan ia mewakili bahagian Asia Pasifik.

Tiga penceramah utama, iaitu Prof Dr Jane Cardosa, Encik Goh Su Gim dan Datuk Amar Wilson Baya Dandot -bakal berceramah pada acara ini. Bengkel ini dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Tahunan Ke-3 ‘Responsibility’ yang akan turut diadakan di lokasi yang sama bermula pada 20 sehingga 23 Februari 2014.

Bengkel ini dibuka kepada orang ramai. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi Dr Rohaya Mohd Nor pada alamat emailnya di Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.   atau di talian telefon 082-584390 .

Sumber: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167589

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa