• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS anjur bengkel Inovasi Bisnes Pertama Untuk Asia Pasifik

on 19 Februari 2014.

UNIMAS anjur bengkel Inovasi Bisnes Pertama Untuk Asia Pasifik

bisnes-unimas1

bisnes-unimas2

KUCHING, Rabu : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan bengkel Inovasi Bisnes yang bertanggungjawab untuk kali pertama bagi Asia Pasifik bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Bengkel tersebut yang disertai lebih dari 60 orang peserta dari dalam dan luar negara telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Koordinator Projek bagi Kumpulan ‘ Responsibility’ mewakili Fraunhofer Institute, Berlin Germany, Dr Ing. Zaharya Menevidis, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Dekan Fakulti Ekonomi dan Peniagaan UNIMAS, Dr Mohammad Affendy Arip dan Koordinator Projek bagi Kumpulan ‘Responsibility’ UNIMAS, Dr Rohaya Mohd Nor.

Tiga penceramah utama iaitu Prof Dr Jane Cardosa, Encik Goh Su Gim dan Datuk Amar Wilson Baya Dandot telah menyampaikan ucap utama dalam bengkel tersebut.

Objektif bengkel adalah untuk mengalakkan dialog-dialog yang membina di antara pihak berkepentingan dalam ‘Responsible Research and Innovation (RRI)’ dengan ahli ‘Responsibility’.

Projek Responsibility bertujuan untuk mendapat pandangan pihak-pihak berkepentingan mengenai ‘RRI’ dan juga pandangan mereka terhadap ‘Responsible Business as an Enabler of an Innovation’.

 Hasil dari perbincangan tersebut, boleh digunakan sebagai mekanisma pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu yang berkenaan RRI dan menjana Forum ‘Responsibility’ dan ‘ Observatory’.

UNIMAS merupakan salah satu dari tiga institusi dari Negara bukan Kesatuan Eropah dan ia mewakili bahagian Asia Pasifik.

Konsortium ‘Responsibility’ terdiri daripada 13 ahli dimana 10 ahli adalah dari institusi Negara Kesatuan Eropah manakala selebihnya adalah dari Negara bukan Kesatuan Eropah.

Sumber: Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sarawak
Ditulis Oleh: Sarena Haidir; Foto Oleh: Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172737

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa