• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FSS agih BB1M Mulai Esok

on 04 Mac 2014.

FSS agih BB1M Mulai Esok

DSC 9947-2024
“Rezeki Pelajar.....” Haji Mohamad Zaky Gardafi (depan kanan, bersama-sama staf FSS lain, sedang menyediakan BB1M untuk pelajar FSS

DSC 9955-2024

KOTA SAMARAHAN, 4 Mac 2014 - Fakulti Sains Sosial (FSS) UNIMAS akan mula mengagihkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bermula esok hari.

Penolong Pendaftar Kanan FSS, Haji Mohamad Zaky Gardafi Ibrahim berkata, pengagihan BB1M itu akan diadakan selama tiga hari bermula esok hari sehingga hari Jumaat (5 hingga 7 Mac 2014).

Sebanyak 2,300 baucar buku berkenaan akan diagihkan kepada pelajar FSS di lima buah tempat iaitu di Makmal GIS 1 Aras 1(1-191), Makmal Komputer 1 Aras 1 (1-302), Makmal Komputer 1 Aras 1 (1-326), Makmal Komputer 2 Aras 1 (1-396), Makmal Komputer 2 Aras 1 (1-374) dan Makmal Komputer 3 Aras 1 (1-343).

Haji Mohamad Zaky berkata, FSS meliputi pelajar dari tujuh buah program iaitu program Antropologi dan Sosiologi, Kajian Antarabangsa, Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Kajian Khidmat Sosial, Kajian Komunikasi, Kajian Politik dan Pemerintahan.

Menurut beliau, kaunter pengagihan akan dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan dibuka semula pada 2.30 hingga 4.30 petang pada hari Rabu dan Khamis manakala Hari Jumaat, kaunter dibuka pada 8.30pagi hingga 12.00 tengahari dan dibuka semula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Fakulti-fakulti lain di UNIMAS juga akan membuka kaunter yang sama untuk pengagihan baucer berkenaan dalam masa terdekat.

Artikel oleh : Sarena Haidir || gambar Oleh : Bujang Mohamad || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa