• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Warga UNIMAS prihatin: Aktiviti kreatif untuk Pray for MH370

on 14 Mac 2014.

Warga UNIMAS prihatin: Aktiviti kreatif untuk Pray for MH370

mh1

mh2

mh3

mh4

mh5

KOTA SAMARAHAN, 14 Mac 2014 – Kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus-menerus menunjukkan keprihatinan dan sokongan kepada nasib para penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Selepas melakukan majlis solat hajat pada 11 Mac lepas bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS, kali ini, Pusat Pengajian Bahasa UNIMAS, pula mengorak langkah mengadakan aktiviti ‘CLS Pray for MH370’. Aktiviti kreatif ini memberi peluang kepada staf dan pelajar untuk melukis, menulis mesej dan menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan buat penumpang dan anak kapal MH370.

UNIMAS menerusi pusat berkenaan menggunakan cermin-cermin kaca di ruang legar pintu masuk pusat tersebut untuk memudahkan staf dan pelajar UNIMAS mencurahkan ilham kreatif masing-masing, menggunakan pen pelbagai warna.

Menurut salah seorang penyelaras aktiviti tersebut, Puan Ernisa Marzuki, sejak ia mula dilaksanakan pada hari Rabu 12 Mac lalu, setakat ini terdapat lebih dari dua ratus peserta yang telah menurunkan tandatangan, gambar dan pelbagai kata sokongan, pesanan, doa dan harapan untuk pesawat MAS yang hilang itu.

“Kami menggunakan pen dakwat khas untuk cermin kaca supaya ia tahan lama, tetapi mudah dipadamkan. Kita mahu menunjukkan sokongan dan keprihatinan warga kampus terhadap nasib penumpang dan anak kapal MH370.

Beliau berkata, program tersebut akan diteruskan selama tiga minggu atau sehingga pesawat malang itu ditemui.

Pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Siti Zulaikha Md Azmi merasa begitu sedih apabila mengenang nasib penumpang dan anak kapal yang belum ditemui.

“Kita hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka. Mungkin cara begini boleh menjadi mesej semangat. Namun begitu, saya menasihat supaya kita jangan terlalu bersukaria sebab ada pihak sedang berdukacita disebabkan kejadian ini,” katanya.

Liang Ka Cheong, pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan pula berkata aktiviti itu sekurang-kurangnya sebagai memberi sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal, untuk terus bersabar dan berdoa atas keselamatan ahli keluarga mereka.

“Kita tidak dapat berbuat apa-apa tetapi sekurang-kurangnya kita boleh memberitahu bahawa mereka tidak berkeseorangan dan semua masyarakat dunia meratapi insiden ini,” katanya lagi.

Perkara yang sama turut diluahkan oleh teman sekuliah beliau, Cik G.Kanagawathy, yang menurutnya, hanya doa dan sokongan yang mampu dilakukan setakat ini.

“Kita harus terus percaya pada Tuhan dan keajaiban akan berlaku tanpa siapa pun ketahui. Saya berharap Tuhan akan mendengar doa kita semua dan melindungi penumpang dan anak kapal MH370,” katanya.

Manakala Ng Fei Ken pula berharap agar lebih banyak lagi aktiviti seumpama itu dilakukan.

“Kita tidak mempunyai daya untuk berbuat apa-apa bagi membantu mereka cuma hanya ini adalah cara untuk menunjukkan betapa kita prihatin dan mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal,” katanya lagi.

Dalam insiden pada pukul 12.41,pagi Sabtu, 8 Mac lalu, Pesawat MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Sehingga kini, nasib semua penumpang dan anak kapal masih belum diketahui dan Kerajaan Malaysia dibantu oleh beberapa negara luar lain masih giat melakukan misi pencarian.

Gambar lanjut di FB UNIMAS

Artikel oleh Sarena Haidir || Gambar oleh Hj Bujang Mohamad & Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173283

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa