• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

BPKK adakan lawatan ke See Hua Daily News Bhd

on 19 Mac 2014.

BPKK adakan lawatan ke See Hua Daily News Bhd

seehua

KOTA SAMARAHAN, 19 Mac 2014 – Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) UNIMAS telah mengadakan kunjungan ke pejabat See Hua Daily News Bhd, hari ini.

Rombongan dari BPKK telah diketuai oleh Pengarahnya, Dr Fitri Suraya Mohamad.

Turut bersama-sama dengan rombongan BPKK dalam lawatan tersebut adalah Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Encik Michael Wong Sing Lung, Penolong Pendaftar, Puan Aileen Anne Jinggong dan Cik Diana Tracy Delim, Penolong Pegawai Penerbitan, Cik Sarena binti Haidir, Pegawai Khidmat Pelanggan, Cik Lau Yat Ling dan Jurugambar, Azlandy Mohammid Ali Tuah.

Semasa lawatan tersebut, rombongan dari BPKK telah diberi layanan mesra dan taklimat ringkas mengenai See Hua Daily News Bhd oleh Pengurus Berita Wilayah, Encik Chia Chiew Boon.

Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dengan See Hua Daily News Bhd bagi membantu menyalurkan berita UNIMAS di dalam suratkhabar tempatan seperti Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

Artikel oleh : Sarena Haidir || gambar oleh : Azlandy Mohammid Ali Tuah || Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169467

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa