• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lawatan UPSI ke UNIMAS Pupuk Kerjasama Antara IPTA

on 14 April 2014.

Lawatan UPSI ke UNIMAS Pupuk Kerjasama Antara IPTA

upsi

KOTA SAMARAHAN, 14 April 2014 : Delegasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini bagi pengisian Program Titian Ilmu di Bumi Kenyalang (I' Sarawak). 

Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar, Dr Samsudin Suhaili dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di antara dua Institusi Pengajian Tinggi Awam ini.

Turut mengiringi beliau ialah Pensyarah Pendidikan Moral, Profesor Madya Dr Ratu Mutialela Mochtar dan Prof Dr Tan Bee Piang, Pensyarah Pengajian Malaysia, Puan Norhafiza Mohd Hed serta kira-kira 15 orang pelajar UPSI lain.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Ketua Jabatan Komunikasi Fakulti Sains Sosial (FSS), Profesor Madya Dr Mus Chairil Samani, Ketua Jabatan Kajian Pembangunan FSS, Dr John Phoa Chui Leong, Penolong Pendaftar Kanan FSS, Haji Mohamad Zaky Gardafi Ibrahim, Penolong Pendaftar Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Cik Diana Tracy, kakitangan dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS.

Lawatan berkenaan bertujuan untuk bertukar pendapat dan pengalaman terutama dalam hal-hal berkaitan akademik selain mencadang inisiatif program pertukaran pelajar yang boleh memanafaatkan pelajar kedua-dua IPTA.

Di majlis tersebut turut diadakan sesi tayangan video korporat UNIMAS dan Fakulti Sains Sosial. Delegasi UPSI juga turut mempersembahkan tayangan video korporat universiti dan video berkaitan Persatuan Pendidikan Moral UPSI.

Artikel : Sarena Haidir ||Foto : Bujang Mohamad ||  Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa