• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Gives Back: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)

on 15 Mei 2014.

Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Gives Back: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)

ppu1
Exco Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) bersama anak-anak yatim

Persatuan Pengurus UNIMAS telah berjaya menjalankan aktiviti bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Besut, Terengganu.

Program yang dijalankan ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial persatuan yang julung-julung kalinya diadakan di luar negeri Sarawak.

Program ini dilihat dapat mendekatkan ahli-ahli persatuan dengan masyarakat tempatan dan sekaligus dapat mempromosikan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

ppu2
Antara aktiviti bersama anak-anak yatim

ppu4
Salah satu aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama penghuni PERKAYA memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahli persatuan beramah mesra dan mendekatkan diri dengan penghuni PERKAYA.

Menurut penyelia PERKAYA Tuan Haji Adnan Said, aktiviti yang telah dijalankan oleh PPU amat bermakna kepada 113 penghuni PERKAYA yang terdiri daripada anak-anak yatim berumur 11 hingga 17 tahun.

ppu3Anak-anak di asrama PEKAYA

Beliau berterima kasih kepada PPU UNIMAS di atas aktiviti yang telah dijalankan.

PPU turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas sumbangan kepada PERKAYA dan sumbangan diserahkan oleh Timbalan Presiden PPU, Encik Mohd Husaini Noorjaya Chew.

Persatuan Pengurus UNIMAS berharap banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Artikel oleh: Mizan Morshidi || Gambar oleh: Exco Persatuan Pengurus UNIMAS

Gambar boleh didapati di Facebook Rasmi Persatuan Pengurus UNIMAS

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172737

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa