• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar ‘Nano’ UNIMAS lafaz ikrar

on 09 Jun 2014.

Pelajar ‘Nano’ UNIMAS lafaz ikrar

ikrar1

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Fatimah Abang menerima dokumen lafaz ikrar pelajar daripada Mohd Khairul Azwan.

ikrar 2

“ Ikrar pelajar...” Lafaz ikrar dibuat oleh pelajar-pelajar baharu UNIMAS untuk mematuhi segala peraturan dan akta dalam universiti.

KOTA SAMARAHAN, 6 Jun 2014 : Seramai 758 pelajar melafazkan ikrar sebagai pelajar baharu dalam Majlis Ikrar Pelajar yang diadakan pagi tadi bertempat di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Majlis lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Mohd Khairul Azwan bin Mohamed Noor di hadapan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Profesor Dr Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr.Kopli Bujang, Pemangku Pendaftar, Haji Abu Bakar Ibrahim, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan dekan, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Pusat tanggungjawab, Ahli-ahli Senat dan Pensyarah-pensyarah.

Majlis berkenaan merupakan kemuncak kepada Majlis Aluan Pelajar (MAP) bagi program Asasi Sains yang telah diadakan selama seminggu bertujuan mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2014/2015.

Lafaz ikrar pelajar sebagai tanda mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan peraturan Universiti serta iltizam untuk memanfaatkan peluang dan menjaga nama baik universiti ini.

Dalam teks ucapan Naib Canselor yang dibacakan oleh Profesor Dr Fatimah, beliau menekankan kebertanggungjawaban pelajar baharu untuk menampilkan sikap dan budaya yang matang dan menjadi pewaris kesinambungan pembangunan negara kelak.

“ Sikap-sikap negatif, sambil lewa, malas dan suka bertangguh perlu disingkirkan dan diganti dengan budaya kecemerlangan seperti pemikiran positit,” katanya.
Naib Canselor memberitahu menerusi transformasi yang dilaksanakan dalam Pelan Pendidikan Malaysia, akan melahirkan ‘pelajar nano’ yang dapat memberi impak yang tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau turut yakin perspektif akademia baharu yang menjadi kerangka kepada seluruh warga universiti juga akan membantu dan mempertingkatkan potensi pelajar secara holistik berkonsepkan pengalaman kampus secara total.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167588

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa