• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

158 kakitangan UNIMAS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Khidmat Bakti

on 27 Jun 2014.

158 kakitangan UNIMAS terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Khidmat Bakti

KOTA SAMARAHAN: Se-ramai 158 kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Khidmat Bakti pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2014.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Dewan DeTAR PUTRA UNIMAS di sini semalam.

Selain itu, 26 kakitangan UNIMAS menerima Anugerah Perkhidmatan Setia sebagai pengiktirafan setia dengan UNIMAS secara berterusan selama 15 tahun.

Pada masa sama, pencapai-an menyerlah dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pentadbiran serta aspek inovasi turut diberikan.

Secara keseluruhan 17 kategori anugerah disampaikan termasuk Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Inovasi/Pengko-mersilan UNIMAS, Anugerah Kecemerlangan Sukan (lelaki dan wanita), Anugerah Galakan Sukan, Anugerah Kepimpinan Pengurusan dan Profesional, Anugerah Staf Harapan Pengurusan dan Profesional dan Anugerah Staf Harapan Pelaksana.

MAGU 2014 menyaksikan Dr Jeniri Amir (Fakulti Sains Sosial) menerima Anugerah Penerbitan Buku UNIMAS manakala Anugerah Inovasi/Pengkomersilan Produk UNIMAS pula dimenangi Mohd Razali Othman.

Sementara itu, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal kategori Bidang Sains dimenangi Profesor Dr Balbir Singh Mohan Singh manakala kategori Bidang Sains Sosial/Sastera dimenangi Dr Evan Lau Poh Hock.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya berharap kesemua penerima anugerah MAGU 2014 dapat meneruskan kecemerlangan mereka untuk UNIMAS.

“Usaha dan dedikasi berterusan seperti yang ditunjukkan oleh saudara-saudari adalah amat penting bagi kita untuk mencapai misi dan visi UNIMAS dalam hasrat kita untuk menjadi IPTA ulung dan dihormati di rantau ini,” ujarnya.

Sumber: The Borneo Post Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172614

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa