• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Warga Unimas Sertai Kuliah Masa Kian Suntuk

on 12 Ogos 2014.

Warga Unimas Sertai Kuliah Masa Kian Suntuk

MKI

MKI2

KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos : Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Unimas dengan kerjasama Pusat Perundingan & Pengurusan Al-Azim telah menganjurkan kuliah bertajuk Masa Kian Suntuk yang disampaikan oleh Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim.

Kuliah tersebut telah disertai oleh warga Unimas dan diadakan di Dewan Seminar PITAS petang kelmarin.
Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, merupakan profesor perakaunan dari UiTM dan seorang penulis dan penyelidik yang sangat prolifik. 

Artikel-artikel beliau sudah melebihi 500 termasuklah yang telah disiarkan dalam pelbagai media-massa dan jurnal-jurnal akademik antaranya bertajuk ‘Value-Relevance of Accounting Numbers’, ‘Financial Reporting in Malaysia’ dan ‘Corporate Social Disclosure in Malaysia’.

Artikel-artikel penyelidikan beliau telah disiarkan melalui Malaysian Accounting Review, Journal of Financial Reporting and Accounting, International Journal of Business and Economics, Journal of Intellectual Capital dan Corporate Governance: The International Journal of Business in Society.

Prof Dr Muhd Kamil lebih dikenali melalui buku umum beliau bertajuk Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang sudah terjual melebihi 40, 000 naskah di pasaran terbuka dan merupakan salah satu buku terlaris di Malaysia.  

Antara penulisan buku lain beliau bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, 50 Tip Motivasi Haji, Bersyukur Saat Diuji, Anekdot Madinah: Benar DIA Maha Mendengar.

Artikel oleh: Sarena binti Haidir || Foto oleh : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3170473

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa