• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Seminar Kepustakawanan 2014 Forum perkongsian perspektif baru dan lama

on 26 September 2014.

Seminar Kepustakawanan 2014 Forum perkongsian perspektif baru dan lama

CAIS

KOTA SAMARAHAN, 26 Sept :Empat belas kertas kerja telah dibentangkan di dalam seminar Kepustakawanan 2014 anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA)  yang diadakan  selama dua hari bermula kelmarin.

Perasmian seminar tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIMAS, Profesor Dr Kopli Bujang mewakili Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam majlis makan malam tadi.

Naib Canselor berharap seminar tersebut berjaya menjadi forum untuk perbincangan dan perkongsian perspektif baru dan memantapkan perspektif lama dalam dunia kepustakawanan dengan penuh kesinambungan.

“ Kolaborasi para pembentang kertas kerja dan peserta dari pelbagai institusi dan organisasi pasti akan membuahkan hasil yang jitu untuk dimanfaatkan oleh perpustakaan-perpustakaan di dalam dan luar Malaysia,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Profesor Dr Kopli.

Naib Canselor berkata, pengurusan sesebuah perpustakaan semakin banyak dan tertumpu kepada pembangunan, pelestarian dan pemerkasaan perkhidmatan-perkhidmatan demi memastikan evolusi perkhidmatan yang  ada dapat dioptimakan.

Beliau menjadikan PKMA UNIMAS sebagai contoh yang bukan sahaja berfungsi sebagai  pusat sehenti untuk ilmu dan maklumat tetapi juga berfungsi dalam menyokong pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi serta menjadi tempat rujukan untuk warga universiti ini.

Justeru, katanya, seminar tersebut bertepatan dengan usaha untuk memperbanyakkan perkongsian ilmu terutama dalam memastikan inisiatif khidmat maklumat sehenti lebih holistik dan berfokus serta meningkatkan mutu dan imej kepustakawanan di institusi masing-masing.

Sementara itu, seminar yang bertemakan ‘Memperkasakan inisiatif khidmat maklumat sehenti’ tersebut membentangkan kertas kerja merangkumi semua aspek dalam pengurusan perpustakaan termasuk pembangunan sumber ilmu, sistem dan ICT dan perkhidmatan.

Objektif seminar adalah untuk membincangkan peranan pustakawanan dan pengurus maklumat ke arah anjakan paradigma, mengalakkan perkongsian maklumat yang pintar dan lestari di kalangan institusi berkaitan dan sebagai wadah untuk merealisasikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dan sumbangan kepada komuniti.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169474

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa