• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar kejuruteraan perlu perlengkapkan diri dengan pengetahuan luas

on 08 Oktober 2014.

Pelajar kejuruteraan perlu perlengkapkan diri dengan pengetahuan luas

FK week 9420141008

KOTA SAMARAHAN, 8 Oktober : Program Minggu Kejuruteraan UNIMAS 2014 telah dirasmikan oleh Menteri Muda Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, hari ini.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dr. Hushairi Zen, Pengarah program, Syed Muhammad Hamdi Syed Ahmad, pelajar dan staf UNIMAS.

Datuk Haji Mohd Naroden yang juga merangkap Menteri Muda Perancangan Sumber dalam ucapan berkata jurutera haruslah mempunyai pengetahuan yang luas khususnya dalam bidang yang diceburi.

Beliau berkata, selain ilmu pengetahuan, seseorang jurutera juga perlu memiliki ciri positif seperti tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab, berkepimpinan serta kemahiran komunikasi yang baik.

“Tugas jurutera adalah membangunkan ilmu, menggunakan ilmu dan mengembangkan ilmu dalam kerjayanya. Tanpa disiplin ilmu, seseorang itu tidak dapat dipanggil jurutera,” katanya lagi.

Datuk Haji Naroden turut berharap pelajar UNIMAS dapat mencapai cita-cita mereka untuk menjadi jurutera sekaligus menyumbang tenaga di dalam pembangunan negara.

“Jurutera-jurutera yang berkaliber serta berkemahiran tinggi amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Saya percaya dan yakin bahawa UNIMAS mampu melahirkan ramai jurutera yang inovatif dan kreatif serta berdaya saing untuk tujuan pembangunan negara,” katanya lagi.

Sementara Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim memberitahu program berkenaan yang diperkenalkan sejak tiga tahun lepas merupakan kerjasama di antara Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, IEM Cawangan Sarawak, IEM G&S Cawangan Sarawak dan Persatuan IEM-UNIMAS Student Section UNIMAS.

Katanya, dengan tema ‘Explore the future’, program tersebut bertujuan untuk membawa pelajar kepada dunia kejuruteraan yang melibatkan industri dan organisasi dengan lebih dekat.

Beliau berkata, sepanjang program tersebut berlangsung pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya pameran kereta, Icon Engineers, Hari Islam bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bertajuk “The Secret of Furqan: Islam, Science and Technology, RC Flying, Rocket Launcher, futsal dan sebagainya.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Az;andy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167587

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa