• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pelajar UNIMAS menang emas dalam taekwondo Piala Jogjakarta

on 13 Oktober 2014.

Pelajar UNIMAS menang emas dalam taekwondo Piala Jogjakarta

Student nc 1120141013

KOTA SAMARAHAN, 13 Oktober : Pelajar Fakulti Sains Sosial (FSS), Cik Yong Mun Yi mengharumkan nama negara dan UNIMAS apabila beliau berjaya mengutip satu pingat emas dalam Kejohanan Taekdwondo Piala Jogjakarta baru-baru ini.

Yong Mun Yi, 23, berasal dari Selangor berjaya menyumbang satu daripada sepuluh pingat emas yang dikutip oleh kontinjen Malaysia yang menyertai Piala Jogjakarta menerusi Esta International Invitation Taekwondo Tournament 2014 pada 8 hingga 9 Oktober lepas.

Beliau berjaya menumbangkan lawan, juga dari kontinjen Malaysia di dalam acara sparring peringkat akhir bagi kategori berat atas 73 kilogram.

Anak sulung dari bekas jaguh taekwondo Malaysia, Ang Phaik Min (emak) ini bakal mewakili UNIMAS di dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada 4 hingga 5 November depan selain pernah mewakili Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) selama dua tahun untuk acara taekwondo.

“ Saya tidak menyangka akan memenangi emas kerana ini merupakan kali pertama saya mewakili negara,” katanya sambil berharap dapat menyumbang pingat buat UNIMAS pada MASUM kelak.

Sebelum itu, Yong Mun Yi telah berkesempatan menemui Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi dan meluangkan masa seketika bersama NC sambil menceritakan pengalaman beliau dalam kejohanan taekwondo tersebut.

Naib Canselor amat berbangga dengan kejayaan Yong Mun Yi dan berharap ia boleh dijadikan motivasi dan galakan kepada pelajar lain termasuk kakitangan universiti ini.

Katanya, adalah menjadi impian UNIMAS untuk melahirkan pelajar holistik iaitu berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang lain seperti sukan.

Justeru, jelas beliau, UNIMAS akan terus memberi sokongan dalam pelbagai cara seperti menyediakan fasiliti dan kemudahan sukan dari masa ke semasa kepada warga universiti ini.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172615

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa