• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS anjur IALP yang pertama di Sarawak

on 20 Oktober 2014.

UNIMAS anjur IALP yang pertama di Sarawak

IALP COLIPS 4720141020

KOTA SAMARAHAN, 20 Oktober : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pemprosesan Bahasa Asia (IALP 2014) selama tiga hari bermula 20 hingga 23 Oktober ini.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi.

IALP ini merupakan julung kali diadakan di Sarawak dan merupakan kerjasama di antara UNIMAS dengan Institute of Social Informatics and Technological Innovations (ISITI), IEE Singapore Computer Chapter and Chinese dan Oriental Languages Information Processing Society (COLIPS).

Dalam ucapan perasmian, Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari berkata terdapat lebih kurang 7,000 bahasa yang menjadi pertuturan di seluruh dunia dan kerana itu penting untuk bahasa-bahasa ini di proses supaya lebih dikenali dan dipertahankan.

Beliau berkata, persidangan IALP dilihat penting untuk diadakan supaya bahasa-bahasa dunia bukan sahaja dipertahankan malah menjadi bahasa perkongsian bersama di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi dalam bidang pelancongan.

“Di Sarawak sendiri mempunyai lebih 44 jenis bahasa dan ada juga bahasa yang terancam seperti Narum, Sihan, Lahanan, Bukitan dan Seru yang telah direkodkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri amat mementingkan perkara ini dan berharap semua bahasa termasuk bahasa yang terancam dapat disimpan dan di proses supaya ia boleh dipertahankan sehingga bila-bila,” katanya lagi.

Objektif persidangan adalah untuk memberi fokus kepada pemprosesan bahasa Asia termasuk menambak aspek sains dan teknologi dalam pemprosesan bahasa Asia.

Selain itu, ia sebagai forum untuk penyelidik berkumpul dan mengkaji bahasa seluruh dunia serta bertukar pendapat dan pengalaman masing-masing.

Pada setiap tahun, IALP diadakan di lokasi berbeza seperti di Universiti Chiang Mai, Thailand, Singapura dan Harbin.

IALP yang pertama kali diadakan di Singapura pada tahun 1986 telah menjadi titik tolak kepada kajian pemprosesan Bahasa Cina dan Bahasa Timur serta menjadikan penubuhan COLIPS di Singapura dan penerbitan jurnal bertajuk “ Communications of COLIPS” pada tahun 1991.

Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kopli Bujang, pensyarah-pensyarah UNIMAS dan peserta dari pelbagai negara.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172735

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa