• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bengkel Lean Event ke arah transformasi perkhidmatan awam

on 24 Oktober 2014.

Bengkel Lean Event ke arah transformasi perkhidmatan awam

lean 2620141023

KOTA SAMARAHAN, 24 Oktober : Lebih 50 orang Pegawai Tadbir IPTA di seluruh Malaysia berkumpul menyertai bengkel Lean Event iaitu projek rintis lean IPTA anjuran Sekretariat Jawatankuasa Kajian Blueprint Lean IPTA, Pejabat Pendaftar UPM dengan kerjasama UNIMAS.

Bengkel tersebut yang berakhir hari ini dan bermula pada 22 Oktober lepas bertujuan melatih dan membimbing pegawai Sumber Manusia IPTA untuk memulakan dan melaksanakan projek rintis lean di IPTA bagi merealisasikan usaha transformasi perkhidmatan awam selaras dengan kehendak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana salah satu inisiatif yan dicadangkan adalah pengurusan organisasi kejat atau pengurusan lean.

Dalam masa yang sama peserta bengkel juga adalah responden kajian rintis ini bermula selama 5 bulan di mana para peserta perlu melaksanakan projek lean yang dibengkelkan dan akan dipantau pelaksanaanya sehingga Februari/Mac 2015.

Pada tahun 2013, Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA telah sepakat untuk melaksanakan transformasi pengurusan lean di IPTA dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Kajian Blueprint Lean IPTA.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyediakan satu Model atau Kerangka Pelaksanaan Pengurusan Lean di IPTA.

Konsultan Lean IPTA, Dr. Zoharah Omar dari Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM telah dijemput sepanjang bengkel ini berlangsung bagi melatih dan membimbing peserta yang terlibat.

Hasil pemantauan projek ini akan dimasukkan dalam penulisan akhir Blueprint bagi tujuan perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar IPTA dan KPM dan dijangkakan Blueprint Lean IPTA akan dilancarkan pada suku tahun ketiga 2015.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy Mohammid Ali Tuah

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa