• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Lahir generasi muda penuhi keperluan modal insan, cabaran masa kini

on 28 Oktober 2014.

Lahir generasi muda penuhi keperluan modal insan, cabaran masa kini

muhyiddin
Muhyiddin Yassin (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Canselor kepada Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada Istiadat Pemasyhuran Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Astana Negeri Sarawak, semalam. – BERNAMA

KOTA SAMARAHAN 27 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran utama dihadapi Malaysia hari ini adalah melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi mengisi keperluan pembangunan modal insan negara.

Menurut beliau, semua pihak sedar bahawa keadaan negara ini bukanlah seperti zaman dahulu kerana berlaku pembangunan pesat yang boleh dilihat dalam pelbagai bidang.

Katanya, ekonomi negara tidak lagi hanya tertumpu kepada bidang pertanian semata-mata, malah Malaysia sudah diiktiraf sebagai sebuah negara perindustrian baharu.

“Jadi, kita boleh dikatakan maju dalam pelbagai aspek pembangunan iaitu baik pembangunan dari segi sektor ekonomi, perindustrian dan perkhidmatan.

“Sebab itu tuntutan paling mendesak pada waktu ini ialah menjana ekonomi dengan cara lebih mampan lagi kerana usaha itu membolehkan kita menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sama ada di bandar dan luar bandar,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog Bersama Warga Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Dewan Tun Abdul Rahman (DeTAR) Putra, Unimas di sini hari ini.

Yang turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang merangkap Pro Canselor Unimas; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Menteri Kemajuan Tanah negeri, Tan Sri Dr. James Jemut Masing; Naib Canselor Unimas, Prof. Dr. Mohamad Kadim Suadi dan Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Datuk Dr. Hatta Solhi.

Kira-kira 5,000 warga Unimas terdiri daripada pensyarah, penuntut dan kakitangan sokongan hadir dalam dialog yang berlangsung selama dua jam bersempena dengan kunjungan pertama Muhyiddin ke universiti berkenaan.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan penyerahan kunci bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Unimas yang baharu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada kepakaran dan kemahiran rakyat asing untuk membangunkan negara.

“Kita sudah dapat membuktikan keupayaan dengan membangunkan institusi pengajian awam (IPTA) seperti Unimas dan 20 lagi IPTA lain serta IPT swasta.

“Jadi, di Malaysia kita sudah ada keupayaan untuk melahir dan membimbing generasi pada hari ini dan masa hadapan yang mempunyai ilmu pengetahuan serta menguasai semua bidang kemahiran dan kepakaran yang pada masa dahulu tidak disediakan tetapi amat diperlukan dalam masa 40 tahun akan datang,“ ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap pihak universiti dapat memberi tumpuan mengeluarkan tenaga terlatih yang bukan sahaja mahir tetapi berkualiti sebab kualiti penting bagi memastikan bangsa Malaysia boleh melangkah jauh ke hadapan dan meningkat dalam semua aspek pembangunan.

Sumber: Utusan Online

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3170544

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa