• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

MSBW Cetuskan Perpaduan Pelajar Berbilang Kaum

on 11 November 2014.

MSBW Cetuskan Perpaduan Pelajar Berbilang Kaum

MSBW 6820141111

KOTA SAMARAHAN, 11 November : Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) kali ke-10 yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini akan diisi dengan program kesenian dan kebudayaan yang pelbagai dan mengambarkan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

MSBW kali ini yang bertemakan ‘Sedekad mencetus kegemilangan, mengekalkan seni budaya warisan” akan menyediakan program seperti nyanyian, sketsa, tarian, kuiz, sukan dan sebagainya.

Majlis perasmian MSBW telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman pada pagi tadi.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Mohd Fadzil memberitahu pengurusan universiti sememang menyokong sebarang penganjuran seumpama itu terutama majlis yang boleh memberi impak positif kepada perpaduan dan kerjasama pelajar berbilang kaum.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mempertahankan tradisi dan kesenian anak bangsa lebih-lebih lagi dengan cabaran teknologi maklumat yang dilihat boleh menghakis ketulenan tradisi bangsa.

“ Selain itu, ia dapat mengajar pelajar untuk mencari pengalaman dalam menganjurkan majlis atau program dan mengelak pelajar universiti dari terlibat dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.

Profesor Mohd Fadzil turut menasihati pelajar UNIMAS supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan terutama politik yang di luar dari tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

“ Tugas sebagai pelajar adalah untuk menuntut ilmu yang ada. Selagi kita belum menghabiskan pengajian di universiti, janganlah adanya pelajar yang berhasrat untuk terlibat dalam kegiatan politik sehingga boleh menjejaskan cita-cita yang hendak dicapai sebelum ini,” katanya.

Selepas berucap, Profesor Fadzil telah menonton video promo MBSW yang telah dicipta oleh pelajar FSGK UNIMAS serta dibawa melawat galeri dan pameran MSBW.

Dalam pada itu, antara aktiviti yang telah dimuatkan di dalam MSBW kali ini seperti persembahan permainan yoyo, program mengenang tragedi MH370 dan MH17, zumba dan sebagainya.

Manakala bagi program pada malam pertama di adakan malam akustik yang bertemakan ‘alunan irama rentak bersatu’ dengan menyelitkan memori lagenda seniman seperti P Ramlee.

Malam kedua pula merupakan malam sketsa lagenda yang bertemakan malam kebudayaan lagenda rakyat yang menghimpunkan cerita-cerita rakyat yang terdapat di Malaysia.

Malam ketiga pula diadakan malam tarian warisan Malaysia yang bertemakan ‘ malam kreatif tari’ dengan tujuan untuk mewujudkan suasana 1Malaysia di kalangan pelajar.

Dan malam terakhir iaitu malam keempat akan diadakan anugerah malam kemuncak dan penutupan iaitu malam untuk mengiktiraf mereka yang telah terlibat dalam penganjuran MSBW termasuk penyerahan anugerah kepada pemenang acara yang telah dipertandingkan sepanjang MSBW.

Pada malam terakhir juga akan diadakan majlis bermukun secara langsung di UNIMAS oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Artikel : Sarena haidir || Foto : Azlandy M.A.T

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172615

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa