• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pensyarah FSTS harumkan nama UNIMAS menang anugerah OCW

on 19 November 2014.

Pensyarah FSTS harumkan nama UNIMAS menang anugerah OCW

OCW 1720141119 

OCW 2020141119

KOTA SAMARAHAN, 19 November : Dua pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya merangkul Anugerah OCW dalam Karnival E-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Dua pensyarah berkenaan ialah Dr Chong Yee Ling dan En Badiozaman Sulaiman dengan anugerah yang diperolehi menerusi kursus Psikologi Haiwan (Animal Physiology) yang telah mereka usahakan.

Mereka telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.00, piala iringan beserta sijil penyertaan.

Penyertaan UNIMAS dalam karnival ini atas penglibatan Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia UNIMAS yang telah menghantar pencalonan untuk Anugerah OCW Terbaik, Anugerah MOOC Terbaik, Anugerah Bahan e-Pembelajaran Kreatif dan Interaktif (Mobile App) dan Anugerah Blog/Wiki e-Pembelajaran Terbaik.

Karnival berkenaan merupakan yang pertama dianjurkan bermula 14 hingga 15 Nov 2014 anjuran bersama Majlis Ketua-ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SACC, Shah Alam.

Antara aktiviti dan program yang dilaksanakan di karnival tersebut ialah gerai pameran,pertandingan dan juga penganugerah e-Pembelajaran untuk Pengajian Tinggi 2014.

Dalam pada itu, kedua-dua pensyarah tersebut berkesempatan berkongsi kegembiraan memenangi anugerah berkenaan bersama dengan Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi di pejabat Naib Canselor, pagi tadi.

Dalam perjumpaan tersebut, Naib Canselor meluahkan rasa bangga dengan kejayaan mereka dan berharap kejayaan seperti itu dapat berulang pada masa akan datang.

Katanya, kejayaan mereka ini seharusnya dijadikan contoh kepada kakitangan lain untuk terus membantu UNIMAS terus bergerak dan berjaya bukan saja di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa.

Hadir sama menyertai perjumpaan bersama Naib Canselor ialah Dekan PPGM, Profesor Dr Gabriel Tonga Noweg, Pegawai Teknologi Maklumat PPGM, Cik Sharifah Norizan Wan Zain dan Penolong Pendaftar PPGM, Cik Ruvi Christina Akat.

Artikel :Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173285

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa