• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

FSS anjur wacana bersama pengamal media

on 27 November 2014.

FSS anjur wacana bersama pengamal media

wacana pengamal media

chamil

KOTA SAMARAHAN, 27 November : Lebih dua ratus orang pelajar memenuhi ruang di dalam Dewan Kuliah CTF 2 UNIMAS untuk mendengar wacana bersama pengamal media iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya, kelmarin.

Wacana tersebut merupakan anjuran Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial (FSS) UNIMAS dengan tajuk wacana ‘ Kewartawanan media di Malaysia, menolek ke belakang, memandang ke hadapan,”.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi, Puan Malia bt Taibi, tujuan wacana tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terutama program kajian komunikasi tentang profesionalisma kewartawanan di negara ini.

“Kita berharap wacana seperti ini dilakukan pada setiap semester supaya pelajar mendapat gambaran sebenar tentang kerjaya kewartawanan,” katanya lagi.

Sepanjang wacana tersebut berlangsung selama lebih dua jam, Datuk Dr Chamil menceritakan pengalaman beliau sepanjang lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan di Malaysia.

Beliau turut menasihati pelajar yang meminati bidang ini supaya tidak mudah putus asa dan mematuhi etika kewartawanan yang ada dalam membuat laporan berita.

Datuk Dr Chamil merupakan bekas pengarang urusan TV3 dan wartawan Utusan Melayu, Suara Rakyat, Suara Merdeka dan pernah menulis lebih dari 30 buah buku terutama berkaitan dengan politik.

Artikel & Foto : Sarena Haidir

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172550

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa