• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Mahasiswa Prospek Barisan Kepimpinan Masa Hadapan

on 17 Disember 2014.

Mahasiswa Prospek Barisan Kepimpinan Masa Hadapan

MPP1415 12320141216

KOTA SAMARAHAN, 17 Disember : Mahasiswa sebagai modal insan Negara hari ini merupakan prospek barisan pemimpin pada masa hadapan.

Begitulah pesanan Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar baharu untuk Sesi 2014/2015 sewaktu menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan MPP Sesi 2014/2015 UNIMAS hari ini.

“Manfaatkanlah peluang dan kepercayaan yang telah diberikan ini untuk memantapkan barisan kepimpinan mahasiswa di samping membantu ke arah pembangunan Universiti,”Tambah beliau lagi.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 13 orang pelajar telah dilantik secara rasmi sebagai MPP UNIMAS bagi menggantikan barisan perwakilan pelajar terdahulu yang telah tamat lantikan pada Oktober 2014. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang terpilih melalui proses pilihanraya pada Hari Pengundian Pemilihan MPP UNIMAS yang telah diadakan pada 10 Disember 2014 yang lepas.

Sebelum itu, saudara Mohd Rahmat A Rahman, yang menyampaikan ucapan mewakili mantan Yang Dipertua MPP Sesi 2013/2014, menyatakan harapan barisan MPP sebelum ini agar rakan-rakan yang telah terpilih ini nanti akan memberi perhatian serius kepada aspek kebajikan pelajar serta bertindak secara proaktif dalam membantu pentadbiran Universiti.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP baharu untuk Sesi 2014/2015, saudara Mohammad Syahme Baharuddin dalam ucapannya berkata, “Kami bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan dan akan senantiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu UNIMAS untuk menjayakan program-program yang direncanakan bagi pembentukan graduan holistic serta berdaya saing tinggi.”

Dalam majlis tersebut, barisan MPP Sesi 2014/2015 telah mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin demi meningkatkan taraf mahasiswa mahasiswi UNIMAS di persada Negara dan dunia.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg Prof Dr Kopli Bujang, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan YBhg Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi bin Mohd Zain, Penolong Naib Canselor (Keterlibatan Industri dan Komuniti).

Artikel : Yulhardy Budiman || Foto : Azlandy M.A.T

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169480

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa