• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS dan IMEC Jalin Kerjasama

on 15 Januari 2015.

UNIMAS dan IMEC Jalin Kerjasama

mou-IMEC

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan International Malaysia Education Centre (IMEC) telah menandatangani perjanjian kerjasama di Selangor petang tadi.

Perjanjian tersebut antara lain membenarkan IMEC diiktiraf sebagai Pusat Pembelajaran UNIMAS di Kuala Lumpur, dengan menawarkan kursus seperti Sarjana Pembelajaran Sains (M.Sc Learning Sciences), Advanced IT (MAIT), Pembangunan Sumber Manusia (M.Sc HRD) dan Sarjana Korporat Pentadbiran Perniagaan (CMBA).

Perjanjian tersebut telah dilakukan di antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Country Height Holdings Berhad, Cik Diana Lee dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

IMEC merupakan bahagian pendidikan Country Heights Holdings Berhad dengan lokasi kampus di Seri Kembangan, manakala UNIMAS merupakan antara universiti tempatan yang terkemuka di tanah air.

Diana Lee dalam ucapan ringkas berkata kerjasama dengan UNIMAS akan membantu IMEC meningkatkan imej mereka sebagai sebuah kampus yang berkualiti untuk pelajar.

Beliau berkata, kampus IMEC sememangnya dilengkapi dengan kemudahan pelajaran yang bermutu tinggi seperti kemudahan kelas multimedia, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Manakala, Naib Canselor UNIMAS turut meluahkan rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan IMEC serta percaya dengan kemampuan kedua-dua pihak untuk menjayakan program pertama UNIMAS di luar kampus Sarawak.

Beliau berkata, IMEC secara tidak langsung membantu universiti ini dalam usaha melahirkan pelajar Pasca-Siswazah UNIMAS yang berani menghadapi cabaran, mencari pengalaman sama ada secara sosial dan intelektual.

Artikel : Sarena Haidir | Foto : Azlandy M.A.T

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167760

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa