• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Perluaskan peranan JPAM

on 02 Februari 2015.

Perluaskan peranan JPAM

np1422663455
RAKAM KENANGAN ... Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman (empat dari kiri) dan Kolonel Mohtar Samat (empat dari kanan) merakam kenangan bersama para pelatih di UNIMAS, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN, Jumaat; Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) boleh dilihat dalam skop yang lebih luas lagi. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, perkhidmatan JPAM amat diperlukan semasa negara ditimpa masalah bencana alam.

"Baru-baru ini, negara kita dilanda musibah banjir yang terburuk pernah berlaku. Justeru, banyak agensi yang terlibat termasuk JPAM memberi bantuan kepada mangsa banjir," ujarnya.

"Ini kerana peranan JPAM bukan hanya menangkap binatang buas sahaja, tetapi lebih daripada itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika majlis Penutupan Kursus Methodologi Kejurulatihan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UNIMAS yang disertai oleh 107 orang pelajar dan 10 jurulatih di sini, hari ini. Fadzil berpendapat, meskipun ramai sukarelawan di negeri ini, namun peranan JPAM perlu diperluaskan lagi.

Sementara itu, Pengarah JPAM Sarawak, Kolonel Mohtar Samat berkata, sehingga kini, seramai 40,000 sukarelawan yang berdaftar dengan JPAM. "Daripada jumlah itu, seramai 20,000 telah dilatih walaupun hanya mempunyai 42 orang kakitangan tetap," ujarnya. Hadir sama, Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam, Kolonel Abdul Wahab Rahim.

Sumber: Utusan Sarawak

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172490

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa