• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

AAN iktiraf ahli-ahli akademik negara

on 02 Mac 2015.

 poster aan9 2014

KOTA SAMARAHAN, 2 Mac 2015 : Satu taklimat mengenai Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-9 akan diadakan pada 6 Mac depan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Universiti, UNIMAS.

Taklimat dalam bengkel jerayawara tersebut akan disampaikan oleh YBhg Datuk Prof Dr Halimaton bt Hamdan, dari Jabatan Pengurusan Sains dan Rekabentuk, UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology, UTM Kuala Lumpur.

Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada ahli akademik yang berminat dan berpotensi untuk dicalonkan bagi anugerah yang disediakan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 tengahari.

Tujuh kategori anugerah ditawarkan iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Pengajaran dan Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua universiti awam dan swasta, kolej universiti, politeknik, kolej komuniti dan institut pendidikan guru.

Majlis AAN yang akan diadakan pada bulan September ini bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli akademik negara yang mencapai prestasi cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan penulisan.

Bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, ia berdasarkan pencalonan oleh IPT dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM200,000 berserta piala dan sijil menanti pemenang.

Justeru itu, ahli akademik yang berminat menyertai taklimat yang diadakan di UNIMAS kelak, boleh membuat pengesahan kehadiran mereka secara online di http://goo.gl/krlQTN selewat-lewatnya 3 Mac 2015.

Maklumat juga boleh didapati terus dengan menghubungi pegawai bertugas, iaitu Cik Nurul Nadheerah Baharudin (talian 03-8870 6546) dan Puan Rohani Abdullah (talian 03-8870 6534).

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172550

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa