• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS-UUM kerjasama sediakan Pusat Internet 1Malaysia

on 02 Mac 2015.

UUMMOU

 UNIMAS-UUM kerjasama sediakan Pusat Internet 1Malaysia

KOTA SAMARAHAN, 2 Mac 2015 : Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Institute of Social Informatics and Technologies Innovation-Universiti Malaysia Sarawak (ISITI-UNIMAS) dan Pusat Kecemerlangan International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (UUM) berkaitan Pusat internet 1 Malaysia (PI1M) telah diadakan baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di UUM Sintok, Kedah itu menyaksikan majlis menandatangani MoA di antara wakil UNIMAS, Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dengan wakil UUM, Naib Canselor, Profesor Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak.

MoA tersebut berkaitan dengan usaha untuk memperkasa staf PI1M seperti kerjasama dalam penyediaan program latihan pengurusan, pemasaran, keusahawanan dan ICT kepada pengurus dan penolong pengurus PI1M.

Sehubungan itu, UNIMAS akan menjalankan program latihan di Sarawak manakala UUM akan menguruskan latihan yang sama di Kedah.

PI1M melibatkan enam pusat iaitu masing-masing tiga di Kedah iaitu di Sungai Dalam, Bukit Besar dan Kuala Sala manakala baki adalah di Sarawak iaitu di Kampung Skio, Kampung Bogag,Bau dan Kampung Tanjung Bowang, Singai.

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan satu program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat seluruh negara.

MoA tersebut dilihat bukan sahaja sebagai latihan kepada staf tetapi juga membuka peluang kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan dengan pemasaran produk menerusi internet.

Profesor Dato' Dr Mohamad Kadim berkata latihan staf PI1M adalah untuk memastikan staf PI1M dapat menguruskan pusat internet setempat sekaligus dapat menarik komuniti untuk terlibat sama dalam program berkenaan.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa