• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Dua mantan TNC UNIMAS terima Darjah Kebesaran Sarawak

on 18 Mac 2015.

K0572 136

KOTA SAMARAHAN, 18 Mac 2015 : Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Fatimah Abang dan Profesor Dr Peter Songan atas pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang, (Johan Bintang Kenyalang) (JBK).

Pengurniaan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, pada hari ini.

Profesor Dr Fatimah Abang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UNIMAS selama enam tahun dan bertugas sebagai Profesor Sistematik Entomologi di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS.

Manakala Profesor Dr Peter Songan merupakan mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIMAS lebih kurang enam tahun sebelum bersara pada tahun lepas dan masih berkhidmat secara kontrak sebagai Profesor Pembangunan Sumber Manusia di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167759

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa