• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS teruskan usaha bantu masyarakat jana pendapatan

on 25 Mac 2015.

ikan

KOTA SAMARAHAN, 25 Mac 2015 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran kepada masyarakat terutama luar bandar dalam usaha membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

 Penolong Naib Canselor UNIMAS, Profesor Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain berkata sebelum ini, banyak projek usahasama dengan masyarakat telah dilakukan antaranya projek air bersih di Sadong Jaya.

 “Kita mahu dikenali bukan sahaja sebagai penyumbang kepada pendidikan berkualiti malahan sebagai institusi yang membantu masyarakat dalam penyediaan projek bermanfaat yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

 Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Naib Canselor pada Majlis Perasmian Bengkel Teknikal bersama ‘ Local Champion’ Kampung Assum, untuk projek sistem pengeluaran ikan yang mampan untuk usahawan luar bandar, di Fakulti Kejuruteraan (FK), pagi tadi.

 Menurut Dr Mohd Ibrahim, apa yang menarik dalam projek ini adalah ia melibatkan banyak pihak dan fakulti di UNIMAS antaranya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB), Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS, Jabatan Pertanian Sarawak dan banyak lagi.

 Seramai 15 orang penduduk dari Kampung Assum, Ulu Pedawan, telah menyertai bengkel sehari tentang projek ini yang melibatkan proses-proses penting projek seperti pemantauan dan penyelenggaraan kolam ikan, kemahiran keusahawanan, pemasaran dan sebagainya.

 Sementara itu, Ketua Projek, Dr Siti Halipah Ibrahim berkata, projek ini dibiayai dengan geran daripada Universiti Transformasi Komuniti Pusat (UCTC) di bawah program NBOS dan Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui (CREN) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak (Jabatan Perikanan Negeri).

 Menurut Dr Halipah, projek ini menggunakan sistem pengeluaran yang mampan berupa teknologi hijau yang memberi keutamaan kepada kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar.

 “Kos penyelenggaraan projek ini adalah rendah dan juga kurang risiko. Kita mengganggarkan kos projek sekitar RM20 ribu di mana bagi setiap kampung yang terpilih seperti Kampung Assum, kita akan menyediakan satu kolam ikan sahaja.

 “Hasil ternakan ikan juga dijangka akan berkualiti dan banyak serta kita berharap ia akan memberi keuntungan kepada peserta terlibat,” katanya lagi. 

Ketua Kampung Assum, Encik Siang anak Sayod berterima kasih kepada UNIMAS atas usaha membantu penduduk kampung berkenaan dan percaya projek itu akan meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173280

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa