• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ceramah terapi neuro tarik ramai peserta

on 13 April 2015.

pustaka2

Pustaka1

KOTA SAMARAHAN, 13 April 2015 : Lebih tiga ratus peserta tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah umum bertajuk ‘Terapi Neuro’ yang dikendalikan oleh dua orang pensyarah UNIMAS di Pustaka Negeri Sarawak, Jumaat lepas.

Dua orang pensyarah UNIMAS berkenaan adalah Profesor Madya Dr Norsiah dan Encik Muhamad Sophian Nazaruddin.

Prorgam berkenaan adalah di bawah tajaan geran Knowledge Transfer Program (KTP) dan merupakan kerjasama di antara pihak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Pustaka Negeri Sarawak.

Objektif program tersebut adalah untuk menggalakkan penglibatan golongan professional dan sokongan sosial bagi membantu orang ramai khususnya kanak-kanak yang mengalami masalah neurologi dan keluarganya.

Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan penyebaran pengetahuan kepada orang ramai mengenai kognitif neurosains, perkhidmatan kaunseling dan menggalakkan pendekatan ‘ubat tanpa dadah’ menerusi aplikasi latihan neurofeedback 

Artikel dan Foto : Sarena Haidir

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172524

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa