• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ceramah umum Ahmed Keeler tarik peserta

on 20 April 2015.

ceramah

KOTA SAMARAHAN, 20 April 2015 : Seramai lebih 100 orang telah menghadiri ceramah umum bersama Mr. Ahmed Keeler dari Pusat Pengajian Islamik, Universiti of Cambridge, UK.

Ceramah umum tersebut telah diadakan selama dua jam bermula jam 2 petang bertempat di Dewan Seminar, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.

Ia merupakan anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan PITAS UNIMAS.

Awal tahun ini, Ahmed Keeler telah dilantik sebagai Felo Kehormat Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad di Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ahmed yang berketurunan Inggeris juga merupakan seorang tokoh terkemuka yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman luas dalam bidang kesusasteraan dan kesenian.

Beliau pernah menubuhkan Signal Gallery yang menjalinkan hubungan antara seni, sains dan teknologi selain merupakan pengasas The Oriental Centre, Institute of Contemporary Arts yang kemudiannya menganjurkan World of Islam Festival yang pertama di London pada November dan Disember 1971.

Sumbangan utama beliau juga dapat dilihat dari sebuah projek yang diasasnya iaitu The Golden Web Foundation yang bertujuan memanfaatkan teknologi internet bagi menyampaikan maklumat dan menghubungkan masyarakat seluruh dunia berkaitan sumbangan Islam terhadap perkembangan tamadun global.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172615

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa