• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

TalentCorp di UNIMAS; Peranan Golongan Akademik Bantu Kebolehpasaran Pelajar

on 13 Mei 2015.

 

telecorp

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei 2015 : Seramai lebih 150 orang terdiri dari para akademik dan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai program bersama TalentCorp yang diadakan selama lebih dua jam pada pagi tadi.

Program tersebut merupakan anjuran Pusat Pemajuan Pelajar di bawah Unit Kebolehpasaran Siswa dan Kerjaya bertempat di Dewan Kristal, Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) UNIMAS dan TalentCorp.

Di dalam program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Encik Johan Mahmud Merican telah mengadakan taklimat bertajuk ‘Peranan Ahli Akademik di dalam Kebolehpasaran Graduan UNIMAS.’

Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Mohd Fadzil meminta semua ahli akademik UNIMAS supaya terus meningkatkan iltizam dan semangat di dalam mendidik para pelajar universiti ini untuk terus mendapat pendidikan tinggi yang berkualiti.

Katanya, golongan pengajar termasuk para pensyarah mempunyai tanggungjawab masing-masing memandangkan mereka juga dilihat sebagai contoh terbaik untuk pelajar.

“Kebanyakan pelajar mengambil contoh dari pengajar dan kerana itu adalah penting buat kepada golongan akademik untuk menunjukkan contoh yang baik, memberi panduan dan didikan baik kepada pelajar.

“Saya juga berharap agar golongan akademik dapat mengekalkan momentum yang baik selain terus bersifat jujur dan berdedikasi semasa menjalankan tugas,”katanya lagi.

Dalam taklimat tersebut, Encik Johan telah menerangkan mengenai peranan golongan akademik dalam membantu kebolehpasaran para graduan serta peranan graduan sendiri dalam menempatkan diri mereka di dalam pasaran kerja.

Artikel : Sarena Haidir || Foto : Azlandy M.A.T

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa