• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pemidato antarabangsa anggap kejayaan milik semua

on 22 Mei 2015.

menang2

 

KOTA SAMARAHAN, 22  Mei 2015 : Pelajar Antarabangsa UNIMAS dari Indonesia, Yaza Azzahara Ulyana mengharumkan nama universiti ini selepas bergelar johan pemidato bagi kategori universiti awam antarabangsa dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa ‘Adat Pepatih’  baru-baru ini.
Berasal dari Medan dan merupakan pelajar tahun dua dari program pengajian antarabangsa Fakulti Sains Sosial UNIMAS ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, beg dan sijil.
Beliau mengganggap ia merupakan kejayaan semua yang telah membantu mengajar dan membimbingnya sehingga berjaya menyingkirkan lebih enam puluh peserta antarabangsa lain.
“Saya amat berterima-kasih kepada ibubapa, ayah saudara, tenaga pengajar iaitu para pensyarah, rakan-rakan dan pihak universiti ini atas bantuan dan sokongan selama ini 
“Saya berharap dapat membalas budi dan sebagai permulaan, saya anggap kemenangan ini adalah untuk semua,” katanya.
Sebelum meraih gelaran ini, Yaza Azzahara juga pernah memenangi dua anugerah di UNIMAS iaitu Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan Anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik semasa Majlis Anugerah Pelajar UNIMAS, awal bulan ini.
Pelajar ini yang juga antara penerima hadiah biasiswa antarabangsa UNIMAS mempunyai impian untuk menjadi seorang Diplomat di negara barat.
“ Saya merasa bangga kerana dapat memenangi sesuatu untuk UNIMAS. Ia adalah satu cara untuk membalas budi universiti ini yang banyak membantu saya dalam meneruskan pengajian di sini,” katanya.
Beliau turut menasihat pelajar lain supaya tidak mudah berputus asa selain menambah pengetahuan lain selain apa yang dibelajar semasa kuliah untuk meningkatkan bakat dan kemahiran diri sendiri.
Dalam pada itu, Yaza Azzahara telah mengadakan perjumpaan bersama Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi di pejabat Naib Canselor, Jumaat lepas.
Turut hadir menemani Yaza ialah Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UNIMAS, Dr.Soubakeavathi Rethinasamy.
 
 
 
 

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169476

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa