• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS anjur Iftar Perdana

on 26 Jun 2015.

iftar 34 20150625 IMG 2784

Kota Samarahan:Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan dokongan Pejabat Naib Canselor UNIMAS dan kerjasama erat Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab DAMAI UNIMAS menganjurkan Berbuka Puasa Perdana / Iftar Jamaie UNIMAS tahun ini pada 25 Jun 2015 bersamaan 8 Ramadan 1436H. Penganjuran kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi dan isteri serta barisan pengurusan tertinggi UNIMAS diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dato Dr Mohamad Kadim bin Suaidi. Pelajar juga turut memeriahkan majlis berbuka ini yang telah dijadualkan dalam minggu peperikasaan sebelum mereka balik bercuti semester. Acara ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan PITAS.

Pada majlis tersebut, Prof Dato Dr Kadim Suaidi mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi berupa bubur lambuk yang akan diagihkan kepada semua yang hadir. Sumbangan tersebut turut diagihkan kepada orang awam yang menggunakan jalan sepanjang pintu utama jalan masuk ke kampus.

Selain daripada itu, PITAS turut menjemput empat ketua keluarga dari lima buah kampung sekitar Kota Samarahan, untuk menerima sumbangan berupa keperluan harian seperti beras dan minyak masak. Kampung yang terlibat adalah Kampung Empila, Kampung Meranek, Kampung Pinang, Kampung Baru dan Kampung Tanjung Bundung. Penghulu atau Ketua Kaum dari kampung-kampung tersebut juga turut diundang ke majlis berbuka puasa tersebut.

Majlis dirancang agar dapat mengeratkan jalinan persaudaraan dan kekitaan di kalangan staf dan pelajar UNIMAS, di samping mengharapkan barakah dan keampunan Allah SWT bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan.

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3169452

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa