• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

CICAK TERBANG, UNIMAS jadi pilihan BBC

on 07 Julai 2015.

 

bbc

bbc2

bbc3

cicak

Kota Samarahan, 6 Julai 2015:   Kajian seorang felo penyelidik dari UNIMAS mengenai spesis cicak terbang dipanggil ‘Draco Sumatranus’, menarik minat British Broadcasting Corporation (BBC), untuk mendokumentari spesis tersebut menerusi dokumentari One Planet.

Pemilihan UNIMAS ini menjadikan universiti ini antara tiga belas lokasi pilihan BBC untuk pengambaran dokumentari One Planet, dengan pelbagai variasi binatang yang unik dari seluruh dunia.

Kajian mengenai spesis cicak terbang yang boleh bertukar warna mengikut warna pokok yang dihinggapi ini telah dijalankan oleh Profesor Indraneil Das sejak tahun 2011 dan artikel mengenainya pernah dikeluarkan di dalam artikel Science Daily.

Menurut  Pembantu Penyelidik Institute of Biodiversity and Environmental Consevation (IBEC), UNIMAS, Encik Adi Shabarani, artikel tersebut telah menarik minat BBC dan spesis cicak Draco Sumatranus menjadi salah satu bahan cerita di dalam dokumentari One Planet yang mana pengambarannya mengambil masa selama tiga tahun.

“ Ini juga menjadi satu kebanggaan buat UNIMAS kerana berjaya dipilih oleh BBC sebagai lokasi pengambaran untuk dokumentari yang akan disiarkan di seluruh dunia,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Pengarah dokumentari, Victoria Bromley berkata keunikan yang ada pada spesis  cicak sepanjang 70 sentimeter ini telah menarik minat BBC untuk melakukan pengambaran di universiti ini.

Beliau berkata, kerjasama yang dihulurkan oleh Professor Indraneil Das dan kakitangan UNIMAS lain, telah banyak membantu BBC untuk menjalankan pengambaran dengan lancar dan tersusun.

“ Kita amat berpuas hati lebih-lebih lagi apabila mendapati populasi spesis   Draco Sumatranus banyak di sini selain kawasannya yang tenang memudahkan lagi proses penggambaran kami,” tambahnya lagi.

Pihak produksi dokumentari BBC Natural History Unit mulai berkampung sejak tiga minggu lepas dan berakhir hari ini.

Artikel oleh : Norsamsiah Kassim || Pelajar Praktikal Kajian Komunikasi (FSS), UNIMAS || Foto : Azlandy M.A.T

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173285

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa