• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tiga belas peserta khatam Al-Quran

on 14 Julai 2015.

khatamal quran1

khatamal quran2

khatamal quran3

 

Kota Samarahan, 14 Julai 2015 : Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SQC), Universiti Malaysia Sarawak telah mengadakan Majlis Khatamal Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya sempena bulan Ramadhan di Bilik Mesyuarat SQC pbaru-baru ini.
Seramai tiga belas peserta telah mempersembahkan bacaan Al-Quran yang terdiri daripada staf SQC termasuk Pusat Tanggungjawab (PTj) lain seperti Pejabat Naib Canselor, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pejabat Audit Dalam.
Khatamal  Al-Quran dibimbing oleh tiga orang ahli Persatuan Guru Al-Quran Bahagian Kuching (PGQBK) yang dijemput khas yang diketuai oleh Ustaz Muhd Syahrizan Sahmat.
Pengarah SQC, Dr Rohaya Mohd Nor dan Timbalan Pengarah SQC,  Dr Noor Alamshah Hj Bolhassan telah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada Puan Morjanah Bt Pandi, Puan Siti Saodah Bt Sikakah dan Puan Rabuyah Bt Wee.
Dalam majlis sama, turut disediakan ialah pulut kuning kepada para peserta Khatamal Al-Quran.
Acara yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu SQC Outreach Programme disamping mengejar ganjaran pahala di akhir Ramadhan dan beramah mesra bersama rakan-rakan dari PTj lain yang selama ini sentiasa menyokong pelaksanaan aktiviti SQC.
Disediakan oleh: Siti Lydiawati Sahmat
 

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172536

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa