• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Siri 3: Bengkel Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

on 30 Julai 2015.

 

Map Strategy11
Map strategik2
KOTA SAMARAHAN, 30 Julai 2015 :  Bengkel Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching, baru-baru ini.  
Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan beserta beberapa cadangan asas  daripada Pengerusi LPU iaitu YBhg Datu Dr Hatta Solhi.
Diikuti dengan pembentangan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkenaan dengan overview pencapaian UNIMAS Strategy 2011-2015, kronologi penyediaan input Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 serta Struktur Governan terkini yang menerangkan tentang peranan dan kuasa-kuasa LPU.
Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SQC), Dr Rohaya Mohd Nor seterusnya telah membentangkan berkenaan dengan ‘UNIMAS Strategic Planning Process, Important Key Themes dan Stakeholders’ Expectations’ serta perincian ‘UNIMAS 2016-2020 Strategy Map’.
Antara focus perbincangan termasuklah tentang peningkatan kecemerlangan pendidikan dan latihan khususnya dari segi peningkatan kualiti graduan, kualiti program pengajian, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta usaha untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan di UNIMAS.
Rumusan perbincangan daripada bengkel ini akan dikemaskini dan dibentangkan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi oleh Naib Canselor.
Turut hadir bagi membantu dalam melancarkan pelaksanaan agenda pembentangan Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 ialah Penolong Naib Canselor Keterlibatan Industri dan Komuniti, Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Fasihuddin Badruddin Ahmad, Dekan Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, Profesor Madya Dr Chen Chwen Jen, Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa, Puan Made Shintamaya Linaseptriana dan Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat, Puan Dyg Nor Hajijah Hj Awg Daud.
 

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172491

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa