• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Makmal UNIMAS-SACOFA bantu lahirkan tenaga kerja berteknologi tinggi

on 31 Julai 2015.

unimassacofapix1

unimassacofapix2

KOTA SAMARAHAN, 30 Julai 2015 : Penubuhan Makmal Telekomunikasi UNIMAS- membuktikan kesungguhan UNIMAS untuk menjadi penyumbang utama di dalam pembangunan industri telekomunikasi di negara ini.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penubuhan makmal itu juga sebagai pusat untuk melatih para pelatih (train the trainers) di dalam bidang rangkaian dan komunikasi data selain membuka peluang kepada kakitangan akademik melakukan pelbagai kegiatan penyelidikan dan inovasi bersama SACOFA.
“ Kerjasama antara universiti dengan rakan industri adalah penting untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan  sebagai institusi pendidikan tinggi, UNIMAS akan terus memberi peluang dan ruang kepada kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan dan pembelajaran.
“ Sebagai contoh, pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama SACOFA antaranya lawatan pelajar Fakulti Kejuruteraan ke SACOFA, perbincangan bersama pakar SACOFA mengenai perkembangan dan pengetahuan teknikal mengenai teknologi dan sistem komunikasi yang yang terkini dan hari ini, penubuhan Makmal Telekomunikasi UNIMAS-SACOFA,” katanya lagi semasa majlis perasmian makmal tersebut yang disempurnakan oleh Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi.
Naib Canselor berkata, kerjasama ini bertepatan dengan perlaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) di Sarawak yang memerlukan sistem perhubungan, komunikasi dan ICT yang berteknologi tinggi. 
Beliau berkata, penubuhan makmal tersebut membolehkan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk meningkatkan pengetahuan di dalam teknologi terkini rangkaian data telekomunikasi.
Tambahnya lagi, kemudahan yang terletak di Makmal Data Komunikasi itu dikendalikan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dengan lapan modul latihan dilakukan, 49 perkakasan makmal telah dibekalkan oleh SACOFA, sebanyak tiga modul universiti juga disediakan antaranya data asas komunikasi ‘Basic Data Communication’, ‘Advanced Data Communication’ dan ‘Optical Communication Network’.
Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Sdn Bhd, Encik Sudarnoto Osman berkata penubuhan makmal UNIMAS-SACOFA merupakan pusat sehenti dan kerjasama pertama syarikat berkenaan di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi.
“Sebagai salah satu syarikat telekomunikasi dan teknologi untuk Kerajaan Negeri Sarawak, kita amat berbangga kerana dapat menyumbang ke arah pembangunan di UNIMAS untuk menjadi universiti contoh terutama di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.
Beliau berkata, objektif penubuhan makmal yang siap dibina pada April 2015 itu adalah sebagai ruang untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di dalam industri telekomunikasi.
Katanya lagi, makmal tersebut bukan sahaja menyediakan latihan pratikal kepada pelajar untuk memastikan kepakaran individu diguna pakai secara efektif tetapi juga sebagai program pembangunan kepakaran yang akan menyokong kepada perkembangan permintaan industri tekelomunikasi secara global.
Artikel Oleh : Norsamsiah Kassim
Pelatih Pratikal Kajian Komunikasi FSS UNIMAS 
 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172491

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa