• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SEABCO tarik 110 peserta seluruh Asia Tenggara

on 14 Ogos 2015.

BATS 2

 

BATS 1
Kota Samarahan, 14 Ogos 2015:   Seramai 110 peserta dari 24 buah negara termasuk dari seluruh negara Asia Tenggara (kecuali Laos) telah menyertai Persidangan Antarabangsa Kelawar Asia Tenggara (SEABCO) kali ke-tiga, pagi tadi.
Perasmian persidangan tersebut telah dilakukan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) merangkap Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, Datu Haji Len Talif Salleh sebagai mewakili Ketua Menteri Sarawak.
Dalam teks ucapan Ketua Menteri yang dibacakan oleh Datu Haji Len Talif Salleh, Ketua Menteri berbangga dengan insiatif yang dilakukan oleh UNIMAS yang menjurus kepada perkembangan ilmu berterusan.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada penyelidik-penyelidik dan universiti tempatan seperti UNIMAS untuk mengannjurkan lebih banyak persidangan, seminar dan bengkel yang dilihat sebagai medium terbaik bagi pemupukkan ilmu kepada generasi muda.
“ Persidangan ini juga mampu membuka minda dan memberi kefahaman yang lebih dalam mengenai spesies kelawar di Sarawak khususnya kepada orang luar,” katanya lagi.
Sementara Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata persidangan ini membuka peluang kepada universiti ini untuk memaparkan kelebihan yang terdapat di UNIMAS seperti program Zoologi, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS).
“ Kini, sekumpulan penyelidik UNIMAS fakulti ini maju selangkah ke hadapan lagi melalui kajian terbaru mereka dengan menggabungkan teknologi terkini dalam penyelidikan seperti genomik, penyakit zoonotik, pemantauan dan pengurusan hidupan liar, pemakanan, akustik dan lain-lain,” ujar Naib Canselor.
Beliau percaya UNIMAS akan terus menyumbang kepada penyelidikan pelbagai termasuk kelawar di Asia Tenggara dan kerjasama padu antara UNIMAS dengan institusi lain, akan memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh negara dunia.
Turut hadir dalam persidangan ini ialah Pengarah Unit Penyelidikan Pemuliharaan Kelawar Asia Tenggara, Universiti Texas Tech, Dr Tigga Kingston.UNIMAS telah diberi mandat untuk menganjurkan persidangan kali ini yang diadakan setiap empat tahun dan mendapat mendapat sokongan Unit Penyelidikan Pemuliharaan Asia Tenggara (SEABCRU), National Science Foundation (NSF), USA, Texas Tech University (TTU), USA dan Sarawak Convention Bureau (SCB).
 
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim,
Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS.
 

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3173285

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa