• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

UNIMAS terus menyumbang ke arah kelestarian komuniti

on 20 Ogos 2015.

kepimpinan muda1

 

Kota Samarahan, 20 Ogos 2015: Inovasi terkini pensyarah UNIMAS dalam projek penyelidikan memproses dan merawat air sungai di Sadong Jaya, Sarawak telah dipanjangkan ke Kelantan sekaligus membuktikan komitmen universiti ke arah kelestarian komuniti pelbagai dan terpisah.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata demikian semasa merasmikan Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Borneo-Sarawak), baru-baru ini.
Menurut Profesor Dato’Dr Mohamad Kadim, projek tersebut di bawa ke Kelantan bertujuan untuk membantu menghasilkan model penghasilan air bersih dan selamat sekaligus membantu memenuhi keperluan komuniti yang terjejas terus akibat bencana banjir awal tahun ini.
“ Ia juga membuktikan kesungguhan para penyelidik, pendidik mahupun pengurusan di UNIMAS dalam menyumbang dan menyokong usaha kesejahteraan komuniti dan kelestarian biodiversiti flora dan fauna di rantau ini,” katanya lagi.
Justeru itu, tambah beliau, UNIMAS telah memfokuskan tiga strategi iaitu  “Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar”, “Kelestarian Transformasi Komuniti” dan “Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Kreatif”.
Naib Canselor turut mengucapkan tahniah kepada pihak Urus setia atas penganjuran Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan bagi Zon Borneo-Sarawak yang pertama kali diadakan di negeri ini.
Beliau berkata, kepercayaan yang diberi oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization’s: The International Hydrological Malaysia (UNESCO-IHP Malaysia) dengan melantik UNIMAS sebagai tuan rumah adalah sesuatu yang amat dibanggakan.
Katanya, tema kem iaitu “Air dan Biodiversiti Borneo” dilihat bertepatan dengan kepentingan pengurusan air yang cekap dalam pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian biodiversiti.
Seramai 75 pelajar tingkat empat dari sebelas buah sekolah di negeri ini telah dipilih untuk mengikuti kem yang berlangsung selama dua hari ini.
Kem tersebut dianjurkan bersama oleh Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.
Turut menghulurkan kerjasama ialah kumpulan fasilitator dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan LESTARI UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Penyelidikan Sarawak, Jabatan Mineral dan Geosains, Perbadanan Putrajaya, Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia dan Pejabat Negeri Pertahanan Awam Sarawak. 
 Artikel oleh : Norsamsiah Kassim
Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3167554

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa