• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Capai objektif didik generasi muda dalam pengurusan air

on 21 Ogos 2015.

Pemimpin Muda1

 

pemimpin muda2
Kota Samarahan, 21 Ogos 2015:  Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan bagi Zon Borneo-Sarawak yang julung kali diadakan di Sarawak mencapai objektif untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan pengurusan air dan penjagaan alam sekitar.
Fasilitator Modul Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Madya Dr. Nabsiah Abdul Wahid semasa melakukan rumusan program berkata dari buku log yang diisi oleh peserta sebelum dan selepas aktiviti mendapati berlaku perubahan ketara dalam pengetahuan pengurusan air dalam kalangan para peserta terutama semasa melakukan kerja-kerja amali.
“ Kita mendapati pengetahuan peserta tentang pengurusan air berkaitan flora dan fauna, alam sekitar, hidrologi dan sebagainya meningkat semasa kem berlangsung,” katanya.
Salah seorang peserta kem dari SM Sains Kuching, Muhammad Kamaruddin Ahi mengakui penyertaan beliau di dalam kem tersebut telah meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan air di dalam kehidupan dan alam sekitar.
“ Banyak yang saya pelajari melalui kem ini antaranya saya kini belajar kepentingan katak dalam air, tahu cara ukuran dan kitaran air serta saya berharap dapat menyambung pelajaran saya di UNIMAS dan mempelajari lebih dalam mengenai alam sekitar,” sambung beliau yang telah dipilih menerima Anugerah Peserta Lelaki Terbaik di dalam kem berkenaan.
Manakala bagi Pengarah Program, Dr. Rohaya Mohd Nor berharap kem seumpama ini dapat diteruskan ke seluruh negeri memandangkan kem ini pertama kali diadakan di Sarawak dan  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjadi penganjur bersama program ini.
“ Program ini sangat bermanfaat dan diharapkan ilmu dan pendedahan yang diberikan kepada peserta dapat diterapkan dan dimanfaatkan untuk kesejahteraan dan kelestarian hidup masyarakat,” tambah beliau.
Majlis penutupan kem ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agong Suruhanjaya Kebangsaan UNSECO Malaysia Encik Khairul Adib Abdul Rahman yang diadakan di Dewan PITAS, UNIMAS. 
Sepanjang kem berlangsung, sebanyak lapan modul pembelajaran melibatkan lapan agensi telah disediakan untuk 75 pelajar tingkatan empat dari sebelas buah sekolah di Sarawak bermula 18 Ogos 2015 dan berakhir kelmarin.
Artikel oleh: Norsamsiah Kassim 
                   Pelatih Praktikal Program Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial UNIMAS
 

 

Arkib Berita

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Jom Masuk U Logo MOF Logo JPA logo Malaysian Govt Picture  MSC Logo MyIDEAS Logo 1Malaysia Logo krste myhealth
Peta Laman | Penafian | Polisi | Panduan Portal | Maklum Balas | FAQ
Paparan terbaik  menggunakan  Mozilla Firefox Version versi 3+,  Microsoft Internet Explorer Versi 9+ atau Google Chrome
Laman web ini tidak menyokong paparan dalam mobile.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen mengenai laman web ini,
HUBUNGI :- WEBMASTER(AT)UNIMAS.MY 

Tarikh terakhir kemaskini: Khamis 28 Januari 2016.

Visitors Counter : 3172568

 

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

alexa